14 November 2009

JALAN JALAN CARI MAKAN DILOT 10 DAN JUGA SG WANG....

Semalam dah selesai launching diLOT 10 Kakintan dan "geng" menjamu selera pula di FOOD COURT ......kebanyakkan makanan yang disediakan disini adalah masakkan China.rasanya hanya ada satu stall yang menjual makanan Melayu/Thailand...dek kerana dah lapar kami order je makanan dari situ..
Ermmmmmm macam macam ada tak tahu yang mana satu nak pilih....

Yang ni Jee dan anak tunggalnya AZIM, bersama Rozi dan juga anak nya yang berbaju belang choklat ni....pilih Jee nak makan apa ya.....
Yang ni pilihan Kak Zah (Zalihah)...kuew teow tomyam rasanya....
Yang ini pula pilihan Rozi....
Yang ini pilihan anak Jee.....nasi putih dengan tomyam seafood...ermmm sedap tau...
Kakintan dan geng geng sedang menjamu selera.....yang sebelah Kakintan tu Kak Zah (Zalihah).. berbaju putih Jee, berbaju merah tu pula Rozi sebelah Rozi anaknya...
Lepas makan makan kami semua keSG WANG PLAZA pula......uwahhhhh dah lama tak masuk kompleks ni bertahun tahun dah rasanya...selalunya lalu lalang je kat luar tu,itu pun kerana Kak Zah nak cari jam dan sambil sambil tu Kakintan juga teringin juga nak cuci mata.....semasa kami sedang sibuk cuci mata kat situ kami terserempak pula dengan kawan lama Jee masa bekerja diRTM dulu...siapa lagi kalau bukan SHARIFAH SHAWATI, mesti ramai yang kenal sebab dia ni dulunya pembaca berita di RTM 1 kemudian nya diTV3. Kakintan biasa juga terserempak dengan dia sebelum ni sebab SALUN & SPA nya tak jauh dari kawasan perumahan Kakintan di Taman Melawati...tapi katanya sudah pun berpindah ke THE CURVE diDamansara.
Dah penat jalan jalan dan cuci mata diSG WANG jam dah kul 5 petang ....hujan pula masih belum berhenti masing masing dah nak balik kerumah... dek kerana semuanya diantara kami ni masih belum pernah menaiki MONORAIL, jadi kami semua ambil keputusan menaiki nya menuju kesekolah VI untuk mengambil kereta, sebab semua kereta kami parking disitu. Maklumlah kalau nak parking area LOT 10 tu bayaran nya pun agak mahal. Tengok la tu siJee ngan Rozi ambil kesempatan posing dalam MONORAIL ...he..he...ok....sampai disini dulu ya cerita Kakintan buat kali ini.....salammmmmm dan selamat berhujung minggu.....layannnn.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...