11 November 2009

KENA TAG DARI YUMNA....


Salam semuanya yang berkunjung keBlog Kakintan, errrrmmmmm kali ni Kakintan nak kena siapkan TAG yang Kakintan dapat daripada YUMNA YUSOF http://yumnayusouf.fotopages.com/ ..dah lama betul Kakintan simpan TAG ni ya YUMNA..tak pe lah, ni tengah ada masa masa yang terluang ni Kakintan cuba siapkan nya ya...

1.ANDA RASA ANDA HOT?....

Rasanya begitu lah...sebab dalam hujan hujan lebat tadi datang seorang "MAMAT" mengetuk pintu rumah Kakintan macam POLIS je....lepas tu langsung tak bagi salam . Kakintan pun buat tak tahu je...dah gitu pepandai je dia selak langsir umah Kakintan katanya dia wakil dari PETRONAS nak memperbaiki kepala gas kat dalam rumah Kakintan ni. Kakintan dah perasan dah dulu MAMAT ni dia pernah datang sekali dah, Kakintan masa tu tak perasan lagi dah kena tipu bila semua semua kerja menggantikan getah paip gas tu selesai dia charge Kakintan $50/=...Bila dah bayar dan dia dah beredar baru Kakintan sedar Kakintan dah kena tipu. Adake getah paip tu tak sampai 2' dia charge sampai $50/= ..tup tup... hari ni MAMAT ni datang lagi....dah ramai jiran jiran dekat rumah yang kena dengan tipu daya MAMAT ni...Kakintan tadi pun macam kaku je..nasib baik lah Kakintan ingat baca lah apa apa ayat yang patut masa dia duduk depan pintu rumah Kakintan tu tadi. Dah la hujan lebat kalau jadi apa apa Kakintan tinggal dengan 5 orang anak anak yang Kakintan jaga tu je dalam rumah ni ....kebetulan jiran sebelah rumah semuanya bekerja.apa apa pun alhamdulillah semuanya selamat.

2.UPLOAD GAMBAR KEGEMARAN ANDA......

3.Tentang gambar 1 dan gambar dua ni, sebenarnya gambar ni adalah gambar orang orang yang mula sekali Kakintan jumpa selepas berchating dialam cyber. Kami masing masing mula berkenalan melalui FORUM MyR. Dari situ pada Hari Raya Aidilfitri 2 tahun yang lepas kami bertemu.Yang bercermin mata dan mendukung anak nya itu ialah Bee dan yang sorang lagi dengan kulit putih melepak ialah Iezamel (atau punIza). Iza datang dari Lekir Setiawan Perak bersama sama suami dan seorang anak nya. (Iza mempunyai 3 anak lelaki) kesemuanya hero. Bee pula datang dari Taman Bukit Sentosa Rawang , Selangor. Memang rasa terharu dengan pertemuan pertama kami ini.....

4. BILA KALI TERAKHIR MAKAN PIZZA?....

Dah lupa lah bila...tapi adalah hari tu anak bujang Kakintan order dari PIZZA HUT- Hawaiian Chicken dan juga Chicken Supreme....rasanya 2 bulan yang lepas kut, biasanya kalau nak makan PIZZA ni kami makan diPIZZA HUT sahaja.

5. LAGU TERAKHIR YANG ANDA DENGAR....
Ermmmm...entah la lagu apa ya....tadi ada tengok DVD cerita DRUMLINE...lagu dari DVD tu la..tajuk..memang Kakintan tak tau ..entah apa nama nya....he...he.....sorry ya YUMNA...

6.APA YANG ANDA BUAT SELAIN MENYELESAIKAN TAG INI?....

Tak ada apa apa....cuma tunggu En.Hubby dan anak anak balik dari bekerja je.

7.SELAIN NAMA SENDIRI ANDA DIPANGGIL NAMA APA?

Intan, Kak Intan , Acik Intan, dulu kat sekolah KAMARIAH....oh ada lagi satu lagi arwah mak/ayah angkat Kakintan panggil dengan nama NONG...nasib baik bukan NING....kah......kahh.......

8. TAG LAGI 6 ORANG...

..1. HAMSIAH JUNID ( KELUARGA AIRUTI)

2.MAZLIA MANSUR (RISHAZALIA)

3.AMY GERMAN

4. ERYN

5.ANN (MAMIBIZI)

6. CT DELIMA

9. SIAPAKAN ORANG NO.1 PADA ANDA....

Kakintan kenal Ham, melalui Forum MyR juga sama seperti YUMNA, Kakintan dah kenal dia dan keluarganya dan kami juga dari kampong yang sama diTeluk Intan.

10. NO.3 ADA HUBUNGAN DENGAN SESIAPA?

Ermmmm...tak ada Kakintan juga kenal dari MyR, dia berasal dari Kelantan dan kini menetap diGerman. Kami juga sudah pernah berjumpa sewaktu Amy pulang bercuti pada Aidilfitri yang baru lalu.

11. KATA SESUATU MENGENAI ORANG NO5.

Apa yang Kakintan tahu Ann seorang pendidik, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki, kini Ann tinggal diAlor Star Kedah, peramah dan juga mudah mesra...

12. BAGAIMANA PULA ORANG NO.4?

Eryn setahu Kakintan juga sudah pun berkahwin tapi masih "HONEYMOON" seorang yang berkerjaya, peramah dan mudah mesra, kelakar apa lagi ekkk...errrr...dia ni Kakintan suka tengok mukanya yang ala ala "BABY FACE" gitu.

13.PESANAN KEPADA ORANG NO.6....

Apa ye Kakintan nak pesan kat CT Delima ni....he..he...makan banyak banyak la...supaya bertambah sikit isi kat badan CT tu kan....he..he...sebenarnya jeles ni Kakintan tengok badan nya yang comel je tu...

Aduhai Yumna...dah siap pun TAG ni kan....Kakintan juga berpeluh peluh menyiapkan nya.....pada yang dah tersenarai tu harap harap dapat juga menyelesaikan nya ya....oh ya kepada pengunjung blog Kakintan gambar yang dibawah ini adalah YUMNA yang Kakintan maksudkan bersama sama keluarga nya....ok.

He...he....YUMNA , tadi gambar tu Kakintan copy n paste je ya dari fotopages YUMNA...dah besar pun baby Yumna tu ....HAFIY pun tambah encem lagi....ok layan dulu ya gambar gambar ni...salam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...