12 November 2009

KUEW TEOW TOMYAM PEDAS

Apa la yang sedap agaknya nak dimakan dimusim musim hujan ni?...Rasanya kalau kita layan tekak dengan makanan yang ada sup sup dan berkuah pedas , masam masam manis mestilah sedap kan. Jummmmm ......kita cuba makan ni...

KUEW TEOW TOMYAM PEDAS NI....makan untuk dinner malam tadi..uisshhhh memang meleleh peloh makan nya....
Resepi ambil dari sini http://shw.shima27.fotopages.com/ rasanya memang sedap nanti ya Kakintan letakkan bahan nya disini...tapi ada setengah nya Kakintan tambah tambah la kan...
Bahan bahan:-

2 biji bawang putih
5 biji cili padi
5 biji cili kering yang telah direndam/direbus terlebih dahulu
Kisarkan semua bahan yang tersebut diatas.

Kuew Teow yang telah siap di celur...ketepikan...
3 batang serai, diketuk ketuk
1 biji buah tomato dibelah 4
daun limau purut
Lengkuas diketuk ketuk
2 biji bawang besar dimayang kasar kasar
Kiub pati tomyam Knorr
Daging ayam yang dipotong kecil kecil
2 sudu minyak untuk menumis..
Sedikit sayur sayuran....Kakintan suka letak bunga kobis dan juga batang seleri serta putik jagung...
Perahan air limau nipis
Garam, gula, sedikit sos cili dan tomato...

Caranya..
Tumiskan semua bahan yang dikisar tadi sehingga garing dan naik baunya.
masukkan isi ayam , serai , lengkuas yang telah siap diketuk...goringkan sekejap. Kemudian masukkan air, daun limau purut, garam, gula, sos cili sedikit sahaja, perencah kiub tomyam....masak sehingga mendidih campurkan perahan jus limau nipis, akhir sekali masukkan buah tomato yg siap dibelah tadi besrta sayur sayuran yang lain biarkan mendidih sekejap...angkat setelah secukup rasa....semasa menghidangkan nya taburkan dengan sedikit daun ketumbar...Kakintan pula tak suka bau daun ketumbar ni....tak tau kenapa... tapi Kakintan tambahkan dengan cili api yang dan siap siap diketuk dalam 5-6 biji bagi tambah pedas lagi....ok layan dulu kuew teow ni ya......

12 ulasan:

  1. salam Ina...hujan hujan ni kan memang sesuai makannya....sebab pedas...he.he..

    BalasPadam
  2. kak intan....nyum...nyummm

    ann apa jer benda yg melibatkan ktiew ni mmg minat sgt....

    BalasPadam
  3. Uish, Love terliur sgt2 tengok dish nih! Kak Intan, buatkan lagik tuk kita plsssss! :)

    BalasPadam
  4. Akak nampak sedap..dah mengecap-ngecap air liur ni....mak aiaiiiii nampak pedas nya tu!!!!

    BalasPadam
  5. salam ENA ZARINA...yup tak pedas tak de ummmmphhh kan..

    BalasPadam
  6. salam Ann....ni time2 hujan ni bolih la cuba buat..

    BalasPadam
  7. Hi LOVE...bolih , bolih, no problem

    BalasPadam
  8. salam Watie...memang pedas..lagi pedas lagi sedap...siap kan air je segelas sebelah tu kih kih

    BalasPadam
  9. wow... kecur air liur saya dibuatnya.. huhuhuhu.

    BalasPadam
  10. nak laksa johor .... wawa wiwii .. kak intan buatkan tuk jijah lehh???

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...