20 Disember 2009

BERTEMU GENG DECO DAN JUGA PENGUMPUL PINGGAN MANGKOK.

Salam semuanya dan selamat petang kepada yang berkunjung keBlog Kakintan ini...apa khabar agaknya...harap harap semuanya berkeadaan sihat ya. Kali ni Kakintan nak bercerita tentang pertemuan Kakintan dengan geng2 blogger yang meminati hiasan rumah juga pinggan mangkok.
Seperti yang dijanjikan Kakintan telah dihantar olih En.Hubby keAmcorp Mall Petaling Jaya semalam untuk bertemu dengan mereka. Puan Pengerusi majlis ialah Yatt (dari Yatt Precious), dia juga lah yang menjemput Kakintan melalui mesej di SM box diblog Kakintan. Sebenarnya sebelum ni pun Kakintan pernah sekali berjumpa dengan Yatt. ..selebihnya kami selalunya berYM sekiranya ada masa2 terluang.Masa yang dijanjikan kul 2 petang...tapi Kakintan terlambat sikit dari sasaran..maaf ya Yatt.Apa pun Kakintan seronok sangat dengan gather2 ni.Masa Kakintan sampai didepan Giant Ampcorp Mall tu Kakintan pandai2 sendiri je mencari diorang ni.Sebelum tu Kakintan tertanya tanya juga kenapa Yatt ajak ke Amcorp Mall untuk gather2...he..he...tapi setelah menjejakkan kaki kesitu soalan tadi terjawap dengan sendirinya. Antara yang datang pada hari tersebut ialah....
Dari kiri Shimah, tengah ni pula Nanei, dan yang tepi sekali tu Sheila...wah sekali jumpa macam dah kenal seumur hidup...he..he...
Yang ini Chempaka bersama sama dengan buah hati nya...sebelum ni bila masuk blog Chempaka ni mesti cari muka dia...macam mana lah rupa dia..haa..sekali jumpa baru lah puas hati....he...he...
Yang bertudung pink ni tu lah dia Yatt...yang mengusahakan pertemuan kami dan sebelah nya tu pula Kak Azzah 8..dan orang yang paling akhir sampai kesitu...

Dan yang ni pulak seperti biasa lah..tuan tanah , sebelahnya tu pula Ida Isk...jarak rumah antara kami tak lah jauh mana...tapi punya la susahnya nak jumpa...akhirnya diAmcorp Mall juga kami bersua he...he...Ida ni selain terror mendeco rumah dia juga terror masak memasak baking membaking...ok Ida senang2 kita calling2 bolih juga lepak kat kedai seberang jalan rumah Kakintan tu kan...
Inilah dia nya wajah wajah yang dipertemukan semalam..oh ya...lupa pulak lagi sorang tu diantara Sheila dan Chempaka tu Salmi namanya..Ehem..ehem..Yatt sorry Kakintan semalam tak bolih tunggu lama ..lepas je balik dari situ Kakintan terus kesatu lagi majlis pertemuan.nanti Kakintan letak dalam N3 yang akan datang ya....Kepada Ida dan suami juga terima kasih banyak banyak sebab tumpang kan Kakintan sampai depan pintu waktu balik tu dan pada Ida juga thank you so much dengan cenderahati yang diberikan. Cantek2 dan sedap betul rasanya.Ok..layan dulu gambar gambar ni ya...

10 ulasan:

  1. salam kak intan..
    tkasih banyak2 sebab join geder2 kali nie walaupun akak tak bape sihat..terharu gak sebab ramai yang datang jauh2 semata2 untuk geder2..seronok saya dengar citer akak semalam..hehe..

    BalasPadam
  2. Wah...meriahnya gitu...lain kali ajaklaa..boleh buat pertemuan semua blogger gitu...

    BalasPadam
  3. salam k.intan..
    tuh dia terpampang muka ku sebesar2 nyer..hihihihi
    glamour maut nieh..byw..mmg best lah jumpa smlm..sakan bot=rak..tp mmg happeninglah...
    nt kita jumpa lg yer...INSYALLAH

    BalasPadam
  4. Salam Yatt...sama sama...he..he...selagi kaki bolih melangkah selagi itu akan ku kuatkan semangat ini untuk bertemu dgn geng2 tu..tak pergi rugi hik...hik...Kakintan pun rasa seronok sangat dapat jumpa geng2 yang sekepala ni...nanti buat lagi jangan lupa calling kakintan ya yatt.

    BalasPadam
  5. salam Roslaini...ok...kakintan akan bagi tau kat Puan Pengerusi nanti suruh dia buat banner besar2 supaya geng2 lain bolih join sama...insyaallah ya Ros..

    BalasPadam
  6. salam jijah...memang best...nanti kalau jijah nak join pun bolih juga

    BalasPadam
  7. salam sonata...nak ikut tak...mmg best..lain kali bolih juga nak gather sama2.

    BalasPadam
  8. salam chempaka...mmg best pun kakintan rasa tak puas gather2 tu...tak pe ada rezeki jumpa lagi ya

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...