21 Disember 2009

GATHER GATHER DENGAN GENG PARENT DARI VI..

Salam pengunjung semua.....selamat pagi...kali ni cerita tentang gather gather lagi. Tapi gathering Kakintan kali ni memang selalu dibuat terutama setiap hujung minggu semenjak tiga bulan yang sudah. Ianya sering berlaku bila anak anak kami mengadakan sessi latihan pancaragam sekolah mereka.Apa yang Kakintan paparkan kali ini sewaktu berlansungnya upacara pembukaan KLWMBC pada 15Disember yang baru lalu didepan PAVILLION dan juga kawasan sekitarnya. Kami ibu bapa pelajar beramai ramai berkumpul disitu sebagai satu keluarga yang besar memberikan sokongan terhadap anak anak kami yang bertanding. Seronok memang lah seronok, sebab bila dah berkumpul bermacam macam gelagat akan dapat dilihat...he....he....
Gambar ni Kakintan ambil didepan bangunan nak memasuki PAVILLION, ianya dipenuhi dengan pohon pohon Krismas...
Yang ini pula sewaktu perarakkanbermula, aduhai ramainya manusia, walau pun kami duduk ditempat grand stand tapi masih tidak dapat melihat dengan selesa..sebab terlampau ramai orang yang datang melihat.
Barisan ibu bapa pelajar dari VICCB, kebanyakkan nya datang selepas sahaja waktu bekerja. Mereka tidak pulang kerumah memandangkan hari hujan lebat pada petang tu dan juga jalan yang sesak teruk pada petang hari tersebut.
Inilah lagi sebahagian geng geng yang selalu gather2 setiap hari diVI, dari kanan Kak Zalihah (Kak Zah), Jee, Puan Sabariah dan suami En Zailani dan yang duduk dibawah tu Puan Aida...
Dalam istilah kami diVI kami diberi gelaran "makcik kantin"...mana tidaknya inilah antara orang orang yang paling sibuk dalam menyediakan makan minum untuk anak anak kami disekolah tersebut. Pada Kak Zah dan Jee serta Aida...Kakintan nak mengucapkan ribuan terima kasih kerana banyak berjasa pada anak anak kami siang dan malam tanpa mengira penat lelah, hujan atau panas Kak Zah dan Jee terutama nya tetap setia menyediakan makan minum mereka.Kadang kadang Kakintan dan En Hubby tak dapat bersama...tapi mereka tetap ada.....selain menjaga makan minum, kesihatan anak anak kami juga diambil berat. Alhamdulillah semoga usaha mereka ini diberkati Allah sepanjang masa, Aminnnnn....jasa mereka ini tetap kami kenang hingga akhir hayat....salammmm

2 ulasan:

  1. As'kum Intan. Kak Zah masih lgi bercuti kat Awana Kijal. Banyak masa rileks sambil2 surf your blog. Ada yang lucu dan hebat sekali untuk kenangan manis. Rasa rindu pulak bila tak nampak budak2 VICCB. Maklumlah geng kantin tengah cuti. Aktiviti kat sini biasa la. Kak Zah dan daughter byk abiskn masa kat SPA in the mean time anak2 lelaki pulak abiskn masa bermain golf dengan ayahnya. Lepas tuh selainnya makan tidur. Kak Zah dan keluarga balik hari selasa. Lps tuh kt kl nnti sibuk pulak dgn anak2 saudara yg akan spend new year dgn kami. Mungkin ke Melaka kot. Ok Intan. Kak Zah pon mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama ikhlas Intan & Din sumbangkn dari segi moral dan tenaga semasa kami menjalankn tugas. Kepada semua diharap dapatlah lgi kita bekerjasama dan mengeratkn silatulrahim diantara Booster Parents. Yang penting kita ikhlas dan happy bersama VICCB. Ok Intan. Hve to go now. Keluarga dah panggil lunch. W'salam. Bye.

    BalasPadam
  2. salam Kak Zah...oooo masih diAwana Kijal...happy Holidays Kak Zah dan family ya..terima kasih Kak Zah...sambil sambil cuti2 Mesia Kak Zah masuk blog Intan...insyaallah kami akan terus bekerjasama demi kebaikan bersama anak anak kita diVICCB dan juga mengeratkan lagi silaturrahin sesama kita . Selamat menyambut Tahun Baru 2010 dan juga Maal hijrah..salam buat Kak Zah and family.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...