21 Disember 2009

SARAPAN PAGI ...ROTI BERLAPIS DAGING...

Selamat pagi semua....apa sarapan pagi ni? Dirumah Kakintan pagi ni buat roti berlapis daging. Sarapan ni memang selalu Kakintan buat sebab bila dah pekena roti ni memang kenyang.Resepi ni Kakintan ambil dari Umie E (Kak E) yang sekarang ni rajin pula membuat bisnes faux cake...Nanti Kakintan copy & paste je la ya cara dan bahan untuk membuat nya ya.
Bahan bahan nya...

1 paket daging ayam kisar (Kakintan selalu guna brand Ramli Burger)
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar.
Rempah kari daging
sedikit cili kering yg siap blender (Kakintan tambah sbb nak pedas)
500ml susu segar
3 biji telor
sedikit minyak untuk menumis
12/15 keping roti
parutan cheese
majerin untuk disapukan pada loyang yg digunakan.

Caranya...

Blend bawang putih, tumiskan bersama sama kari,cili blender, daging/ayam kisar, kentang, serta garam. masak sampai agak agak kering, ketepikan dahulu bahan bahan tersebut.

Dalam bekas lain pecahkan telor, campurkan susu segar gaul sebati...ambil kepingan roti tadi, masukkan kan dalam bancuhan tersebut dan ramas ramas sehingga sebati. Kemudian lenserkan loyang dengan majerin. Panaskan oven. Masukkan roti yang diramas tadi berselang seli dengan daging/ayam yg telah dimasak. Akhir sekali taburkan parutan cheese diatasnya. Bakar dalam oven dalam 30 minit. Kali ini Kakintan tak letak cheese sebab tak ada stok. Bila masak angkat , sejokkan sebentar..dan potong potong.Nak sedap lagi Kakintan letak cili sos bila memakan nya.Ok sesiapa nak cuba bolih la buat kannnnn....bye...

1 ulasan:

  1. Sedappppp..nak jugakkk..Kak Intan..poss arrr kat JB nieee...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...