28 Februari 2009

JALAN JALAN KE AEON 2 SETIAWANGSA.....

KENTANG GORENG..


MEE GORENG MAMAK, ABC, JAVA CHIP DARI STARBUCK.


Masa Kakintan jalan jalan keJaya Jusco, AEON 2, Setiawangsa.....terasa haus pulak tekak ni...jadi Kakintan ajak lah hubby Kakintan singgah ke Steven's Tea Garden....teringin nak rasa masakkan nya yang kat sini pulak....selalunya kami sekeluarga suka makan disebuah restoren nya yang terletak di Jalan Genting Kelang....kat situ restoren nya memang famous...setiap masa dipenuhi pelanggan tak kira siang atau malam...Kat Steven's Tea Garden ni Kakintan order mee goreng mamak....hubby Kakintan cuma order kentang goreng dengan apple jus tanpa gula ....anak bujang sorang tu pulak hanya order Java Chip dari Starbuck yang terletak bersebelahan dengan Steven's Tea Garden ni....satu lagi minuman yang menjadi kegemaran Kakintan ialah..Air Batu Campur (ABC)....tentang harga..fuuuhhhhhhh...bolih tahan....cubalah singgah kalau kesana nanti....

STRAWBERRY.......


Semalam Kakintan balik je dari mesyuarat PIBG kat sekolah anak Kakintan ....tengok tengok kat atas meja makan ada buah yang paling Kakintan gemari.....Kakintan suka dengan buah ni sebab warna merahnya yang begitu bersemarak lagi......rupa rupanya strawberry ni dihantar olih jiran sebelah rumah yang baru je pulang bercuti dari Cameron Highland....terima kasih daun keladi.....kalau ada hantar la lagi....he...he....he...

GUBAHAN COKLAT DAN SEJADAH.

CHOKLAT




SEJADAH.

Sebulan yang sudah Kakintan menerima tempahan untuk buat 2 bekas hantaran, jiran dekat rumah yang menempahnya...katanya hantaran ni untuk dihadiahkan kepada anak saudara nya yang nak bertunang pada 14hb, February yang lepas.....hantaran nya bertemakan warna choklat dan silver.....jadi itu lah hasilnya.....

27 Februari 2009

AL FATIHAH UNTUK ARWAH MIL, FIL,BIL....,,

Inilah kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampong Puah, Gombak...tempat MIL, FIL dan abang ipar disemadikan......




Assalamualaikum.....Kakintan baru teringat tadi .....dalam bulan February ni....dah 4 tahun bonda mertua Kakintan meninggal dunia...sebelum bonda mertua Kakintan meninggal dunia...2 bulan sebelumnya anaknya yang sulong(BIL) juga meninggal dunia. Abang ipar Kakintan ni meninggal setelah 4 tahun terlantar sakit akibat diserang "stroke"....kebetulan BIL Kakintan ni tak pernah lagi berkahwin....jadi segala urusan harianya semasa sakit adik beradik hubby yg uruskan dari segi makan minum dan juga kebersihan dirinya...Hubby Kakintan merupakan anak yang bongsu dalam keluarga dan masih mempunyai 2 orang lagi abang....mereka ni lah yang bergilir gilir menyediakan urusan makan minum serta pakaian setiap hari....sedangkan masa tu juga bonda mertua sudah mula sakit sakit.....biasalah sakit tua....Dicember 2005. BIL meninggal dunia terlebih dahulu sebelum MIL menjejakinya 2 bulan selepas tu...tentang ayahanda mertua pula...Kakintan sememangnya tak penah bersua...ya lah....Kakintan dan hubby bertunang dan berkahwin selepas FIL tu meninggal dunia..jadi Kakintan memang tak pernah kenal dengan nya...hanya mendengar cerita dari keluarga hubby saja tentang ayahanda mertua ini....diberitakan FIL Kakintan meninggal dunia setelah 3 bulan terlantar sakit diHKL..perkuburan mereka bertiga beranak ini terletak tidak jauh antara satu sama lain iaitu di Tanah Perkuburan Islam Kampong Puah, Setapak...selalu nya Kakintan dan hubby akan kesitu 2 bulan sekali untuk membersihkan nya..sekarang ni kawasan tu dah tak nampak seperti kawasan perkuburan...sebalik nya kelihatan seperti sebuah taman kerana dipenuhi dengan pokok bunga ke' embung....
apa-apa pun alfatihah untuk arwah bertiga...semoga roh mereka dicucuri rahmat..amin...

MINGGU AWARD SEDUNIA HE...HE...HE.....


Agaknya minggu ni minggu asyik dapat award la........tadi Kakintan pergi la jenjalan kat blog
blog kengkawan yg ada kat MyResepi...bila masok je kat umah Noorana (Ana-Nilai)...tetiba je kat situ dia suruh ambil tag tu sekali.....orang dah bagi kita ambil je la kan....bukannya kena bayar pun...cuma masa Kakintan duk selak2 file Kakintan tu gambar yang sepatutnya Kakintan keluarkan disini tak berapa sesuai...sebab dalam gambar tu Kakintan tak pakai tudung......jadi Kakintan pilih gambar lain...gambar ni pun ada sangkut paut dengan aktiviti Kakintan dirumah juga....iaitu menjahit....lepas ni tag ni kena pulak cari lagi 6 orang ya....rasanya Kakintan nak bagi kat kawan MyResepi yang kat bawah ni iaitu:-
1.) Zaina Maria
2.) Hunny
3.)Ziehelmy
4.) Ton
5.)Jee -Batu Pahat
6.)Nenei
Nanti bila semua ni dah dapat award ni tolong cari 6 lagi orang lain ya....dari fail No 6...dan juga dari fail yg ke6 tu dapatkan pula gambar yang ke6 untuk tempek kan kat sini...o.k...

25 Februari 2009

PERSIAPAN PERKAHWINAN UNTUK ANAK SAUDARA...

Tie back tu selalunya Kakintan buat reben besar tapi kali ni buat bunga




Dua bulan sebelum perkahwinan berlangsung...kakak Kakintan yang sulong dah menyerahkan tugas untuk menyiapkan bilik pengantin anak perempuan nya yang bongsu...dari urusan membeli kain, menjahit, menggantung semuanya dia serahkan pada Kakintan...pandai pandai Kakintan lah apa warna yang nak dipilih, apa design yang nak dibuat...kakak hanya hulur duit je..pada Kakintan ini adalah pilihan yang mudah.....akhirnya inilah hasilnya....sebab kakak Kakintan cakap tak nak design design yang berserabut.....yang banyak guna kain...olih kerana pengantin dah menetapkan pakaian Raja seharinya berwarna purple...jadi Kakintan memilih kain langsir warna purple juga untuk bilik pengantin nya....

MINGGU AWARD SEDUNIA.......



Minggu ni dapat award lagi......kali ni dari Dr.Ina....selalu borak2 je kat blog masing masing...tapi belum pernah bersua muka.....walhal klinik dia dengan rumah KakIntan tu bukannya jauh mana pun...nantilah sesekali...kut2 nak ambil MC....nak bagi hubby Kakintan bolih lah jumpa Ina....he...he...he...tak pun sesekali kita jumpa kat JJ Wangsa Maju ya Ina...bolih lepak lepak kat Laksa Shack ke.....pekena Laksa Johor ke Laksa Penang ke barulah terangkat sikit ya.....Apa apa pun terima kasih bebanyak ya Ina...dua tu sekali dapat.....he....he...he....

MASZ........KHAS UNTUK MU SEORANG.....



Yang ni pulak khas Kakintan nak bagi pada mak daro yang duk kek Kajang tu....hari ni dio sambuit anniversary nya yang ke13 tahun....HAPPY ANNIVERSARY ya Masz....semoga Masz bahagia kekal hingga akhir hayat.....tadi Masz hantar mesej.....merajuk la konon dia tak dapek award...yang dapek bakal besan dio siIna (ROSLANA).... Ina tu dapek..bersobab ...sobab eeee .......akak tak dapek buek kojo sekolah yang dak Ina tu kasi kek akak....dah lamo dah akak biarkan he...he...he...nanti Masz ambik tau jangan la pulak tak hambikkkkkkkk...kih...kih...kih..maaf Masz ya akak gurau2 je...psstttttt.....bila lagi nak tambah penduduk kat Kajang tu....Ika tu dah bosar dah Masz......patut patut nya dah ada duo adikya tuh....

24 Februari 2009

KHAS UNTUK INA (ROSLANA).......


Salam Ina......Kakintan nak minta ampun minta maaf tau....hari tu Ina kasi Kakintan buat home work kan......minta maaf la Ina, tak dapek akak nak siap kan nya...banyak bonar soklan2 yo...lotih akak nak menjawab eeeeee...he...he.....sebagai pengganti akak kasi Ina lagi satu award khas....Ina sorang yo yg dapek...yang lain2 tu tak dapeknyo......ambik tau.....

23 Februari 2009

CHOKLAT CHIP MUFFIN......


Yang ni juga satu lagi makanan kegemaran anak anak Kakintan.....kalau buat sikit sikit memang tak mencukupi.....biasanya kalau nak buat ni Kakintan guna 1 kilo tepong muffin yang siap dibeli di Bake With Yen, Chow Kit Road...apa apa pun stok tepong muffin ni kenalah sentiasa ada dalam kabinet dapor Kakintan....apa aja makanan yang dicampor dengan chocolate memang menjadi kegemaran mereka........

SHUSHI, MAKANAN KEGEMARAN ANAK ANAK...

.
Kakintan nak cerita sikit tentang makanan dari Jepun ni.....makanan ni memang nya men jadi kegemaran anak anak Kakintan...Ketiga2 anak bujang Kakintan memang suka ...Kakintan dah cuba untuk menjamahnya..tapi tak bolih masuk lah.....asyik sangkut aje kat anak tekak ni yang menghairan Kakintan kat mana pulak diorang ni belajar makan benda2 macam ni...entahlah....asal ke JJ, Care4..atau kat mana mana yang terserempak dengan makanan ni
anak anak Kakintan mesti membelinya.....

18 Februari 2009

TAG DARI RAKAN CYBER........

Gambar mak dara mak teruna kat perkarangan KLCC Park...
dari kiri Izah, tuan rumah dan Ham...baby Atiah yg comel tu...



Wah....dapat tag lagi kali ni....Kakintan punya tag yang ni dapat daripada Ika @ Pija @ Natto yang nun jauh diBangkok....sebenarnya sebelumni Kakintan pun ada dapat satu homework lagi dari Ina(roslana)....homework yang tu biar dulu ya Ina...nanti senang2 Kakintan akan settlekan...tunggu kalau2 dah agak2 settle homework Kakintan yang kat rumah ni...baru lah Kakintan datang rumah Ina...kita settlekan sama sama ekk........
Mengikut kata Ika...tag kali ni kena dapatkan dari File No.6,....Gambar No....6 juga ya....sat ya...Kakintan nak bukak File tu kejap...tungguuuuuuuuuu........gambar apa la pulak yang terkeluar nanti ni.....ahaaa....ni lah dianya gambar tu...gambar ni diambil semasa kami mengadakan "small gathering" di perkarangan KLCC Park.....nak bagi tau juga pada Nor...gambar ni Kakintan kopipes dari Forum MyResepi.....mintak izin ya Nor.....sebab masa pergi keKLCC hari tu Kakintan tak bawa kamera.. Kakintan tahu ramai dari kalangan rakan siber kita masing masing mempunyai kamera yang canggih canggih....apa-apa pun rupanya kerja ni belum selesai lagi...Kakintan kena lah pulak mencari 6 orang rakan siber yang lain untuk membawa pulang kerumah masing-masing award yang bakal diberikan...mereka yang Kakintan pilih ialah....Hani (Ringgo)
Yani
Hasue
Suha
Mimi
Aymy....nun jauh diKuwait.

TAG AWARD UNTUK 5 YANG TERPILIH........


Kat sini Kakintan nak bagi tag untuk 5 orang yang Kakintan pilih tau....lps tu 5 yang terpilih ni serahkan kepada 5 orang lain yang anda pilih sendiri..o.k....5 yang Kakintan pilih ialah:-
1) Mat Gebu- Johor Bharu
2)Ina-Roslana-Kuala Lumpur
3)Ika- Natto (Bangkok)
4)Alma-Australia
5) As 75-New Zealand

SELINGAN: Kajian oleh Dr. Stephen Carr Leon.


KAJIAN MENGAPA YAHUDI BIJAK

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

14 Februari 2009

PERSIAPAN UNTUK MENYAMBUT 100 TAHUN VICCB.

Pertunjukkan sedang dijalankan ......




Ezzat dan rakan2 bersiap untuk latihan.


Malam tadi Kakintan dan hubby seperti tahun lepas, pergi kesekolah anak Kakintan.... untuk melihat Ezzat dengan rakan rakan group VICCB nya mengadakan latihan....Latihan diadakan untuk menyambut pengistiharan VI sebagai sebuah sekolah warisan yang pertama diMalaysia dan juga sambutan 100 tahun VICCB ditubuhkan...... seronok bila melihat gelagat mereka sewaktu mengadakan sessi latihan...tambah bersemangat apabila mereka mula mengenakan uniform khas.....seperti tahun lepas Ezzat dan rakan rakan VICCB yang lain akan mengadakan latihan bermula dari pagi...sehinggalah kul 10 malam..kami sebagai ibubapa murid murid VICCB digalakkan untuk memberikan sokongan dan dorongan pada setiap pelajar yang mengadakan latihan...setiap kali latihan diadakan kami bagaikan sebuah keluarga yang besar..... kami sama sama menyediakan makan dan minum mereka sehingga selesai latihan dijalankan....selesai sahaja latihan mereka disediakan hostel yang khas untuk para pelajar berehat dan tidor.....Hari ini S.M.K. Victoria telah kembali kepada nama asal nya iaitu Victoria Institution dan hari ini juga VICCB (Victoria Institution Cadet Corp Band) menyambut hari ulangtahun nya yang ke 100 tahun. Semoga VI terus berkembang maju untuk masa masa yang akan datang dan generasi seterusnya.......

13 Februari 2009

AYAM GORENG BEREMPAH....

ayam goreng berempah

MASAK LEMAK KETAM + NENAS...

masak lemak cili api ketam + nenas....

SAYUR KACANG BUNCIS + TELUR......

kacang buncis tumis + telor

12 Februari 2009

SEJAMBAK BUNGA UNTUK TETAMU YG MENYAMBUT HARI LAHIRNYA DIFEBRUARY INI...

Kepada pengunjung yang menyambut Hari Lahirnya dibulan February ini...Kakintan dah sediakan sejambak bunga.....sila lah ambil ya....dengan ucapan semoga panjang umur, murah rezeki, sihat sentiasa, dan berbahagia disamping orang orang yang tersayang.....amin....

TEMPAT MELAYAN TETAMU YG BERKUNJUNG

YG NI PULAK TEMPAT KOLEKSI PINGGAN MANGKUK KESAYANGAN....

TEMPAT UNTUK KAKINTAN DAN FAMILY MENIKMATI MAKANAN...

TEMPAT KAKINTAN SELALU MELEPAK.....

Selalunya kat sini lah tempat Kakintan selalu melepak......seawal 6.30 pagi sambil menunggu anak anak yang Kakintan asuh tu datang....begitu juga bila ada waktu waktu senggang.....dah macam satu kemestian pulak...he...he....

CONNY DOG....HOME MADE....


Selalunya kalau nak makan conny dog ni Kakintan sekeluarga akan ke A&W kat belakang Armcorp Mall , Petaling Jaya tu....kat situ dia buka 24 jam....tapi hari tu masa dok belek 2 dalam MyResepi terjumpa la pulak resepi ni....terus je terasa nak buat sendiri...apa lagi start injen gi la "jogging" sorang sorang ke JJ Wangsa Maju... mencari dan membeli bahan bahan yang diperlukan...kebetulan anak anak Kakintan pun minat dengan makanan segera macam ni...tu yang tambah bersemangat nak buat sendiri... dah siap beli semua barang barang yang diperlukan cepat cepat je nak balik...memang semangat tengah berkobar kobar ni....he...he... dah siap ni la hasilnya.....ta..dadaa........

11 Februari 2009

DI ICCA , SEKSYEN 14 PETALING JAYA.....

Kcik...terima kasih banyak2 ya Kcik........


Tuan rumah....malu2..tapi mau...he..he...


Izah....selesai dah tu.....



Ana.....senyum sokmo.......



Kak E...bolih habis ke E..he...he..he...


Dari kiri...Kcik, Kakintan,Ana dan Izah.....


Setelah balik semula ke PJ kami berlima, terus je ke ICCA, Seksyen 14...tak sabar rasanya nak membelek barang2 yang diimpikan....naik je kekedai yang dimaksudkan mata masing2 menyelinap kesetiap sudut....apa yang ada semuanya kami belek.....Kakintan tak banyak memborong...lebih kepada "survey"....tengok harganya....mak aiiiiii.....bolih tahan semuanya
bebaloilah......setaraf dengan kualiti.....yang banyak memborong ialah Kcik dan Ana.....Kakintan pulak beli barang2 yang tak ada sangkut paut pun dalam bidang masakkan....he....he..he...tapi puas menjamu mata.....tak pe kita dekat lain kali bolih pergi lagi kan.......dah tau kat mana tempatnya...senang nak tuju.....selesai menjamu mata...perut kembali terasa lapar....apa lagi...
kat bawah tu macam2 kedai makan ada.....kami singgah ke SECRET RESEPI.....terima kasih daun keladi ya Kcik.....bermurah hati membelanja kami makan dengan resepi yang enak2.....kat sini Kakintan ada kopipes gambar2 dari Forum MyR....jom kita tengok......

PERTEMUAN KEDUA DGN RAKAN2 DARI MY RESEPI.

Semasa dirumah parent Lily dari kiri..Kcik, Lily,Zafirah
Kak E, Kak Intan, Ana dan Izah....



Tarikh yang sentiasa berada dalam ingatan Kakintan 22 November 2008...sepatutnya kami bertemu di stesyen LRT Asia Jaya...kemudian terus ke ICCA Seksyen 14 Petaling Jaya....tapi kita hanya merancang Tuhan yang menentukan segalanya....petang sebelum tarikh tersebut Kakintan mendapat panggilan dari Lily memberitahu supaya pertemuan tu ditangguhkan dulu,
sebab bonda tersayang Lily pulang kerahmatullah....innalillah..semoga roh bonda Lily dicucuri rahmat keatasnya....dan semoga arwah ditempatkan bersama2 orang2 yang beriman..Amin..
Memandangkan Kcik sudah pun datang dari jauh..nun dari Kemaman ,Terengganu...agenda kami teruskan juga...seawal pagi Kakintan dah keluar dari rumah bersama2 hubby dan anak untuk breakfast...selesai breakfast Kakintan minta tolong hubby hantarkan keStesyen LRT
Wangsa Maju....kat situ Kakintan menunggu kedatangan Kcik dari Tmn Melati....Kcik bermalam
dirumah adiknya disitu..tak lama Kakintan menunggu Kcik sampai dengan senyum simpul...rasa terharu juga sebab pertama kali bertemu dengan sahabat alam maya nih...dengan train yg sama Kakintan dan Kcik menuju ke stesyen LRT Asia Jaya....kat sana kami menunggu kedatangan Izah, Kak E dan Noorana...Lebih kurang jam 12.30 Kak E..dan Noorana pun sampai....Izah dah pun sampai terlebih dulu....he...he..he...ada cerita disebalik pertemuan pertama dengan Izah nih....biarlah dulu...lain kali kita cerita ya.....
Dari situ kami berlima pun bertolak kerumah family Lily diMeru, Kelang Selangor....sampai je kesana jenazah bonda Lily telah pun selamat dikebumikan...kami tak sempat pun melihatnya...Kami disambut olih Lily dan keluarga....tak lama kami berborak masuk waktu solat Zuhur, masing2 menunaikan tanggungjawab...menumpang bilek Lily...selesai solat kami dihidangkan dgn nasi beserta lauk2 kampong......bestnya makan...tambah2 lagi bila ramai2 kan....siap je makan....setengah jam lepas tu kami mohon diri untuk berangkat pulang....macam pacat la pulak...dah kenyang balik he....he...he...

10 Februari 2009

ALONG...KHAIRUL EZME.......

.Yang ni anak sulong (Along)....berusia 25 tahun dah bekerja... dan juga bakal
menamatkan zaman bujang nya.....

ABANG NGAH ...KHAIRUL EZWAN....

Yang ni pulak anak kedua Kakintan...KHAIRUL EZWAN (abang ngah)dah berusia 23 tahun...
lahir pada malam orang dok sibuk nak menyambut hari Merdeka...31st August....

EZZAT...KHAIRUL EZZAT.



Kakintan sebenarnya tak ramai anak....cuma ada 3 orang hero je....semuanya dah besar besar
yang bongsunya yang ni lah....KHAIRUL EZZAT....masih bersekolah.....dalam Tingkatan 2, di Victoria Institution, Kuala Lumpur...

MEE HOON THAILAND.


Resepi yang kakintan nak kongsi kali ni ialah Meehoon Thailand.....sebenarnya resepi ni Kakintan dapat dari salah seorang jiran Kakintan yang berniaga di kantin Zoo Negara, Kuala Lumpur....KakMilah namanya......katanya kat kantin tempat dia berniaga resepi meehoon ni adalah antara yang paling banyak mendapat perhatian.....
Kat sini bahan bahan yang perlu disediakan, tapi bahan2 ni mengikut ubahsuai Kakintan
sebab Kakintan masak hanya untuk 4-5 orang makan.....
Bahan-bahan nya:-
1 peket meehoon (biasanya Kakintan guna meehoon cap Bintang)....direndam sekejap
Ayam yang dipotong kecil2 dan sedikit tulang nya...
Bawang puteh
bawang merah
halia
cili api dalam 10 biji
kulit kayu manis
bunga cengkih
buah pelaga
serai 3 batang
daun limau purut 3/4 helai
sup bunjut
kiub pati ayam
sayur putik jagung, carrot, daun sup, bunga kobis.
garam
minyak untuk menumis....
susu cair atau pun santan..


Cara2nya:
Bawang putih, bawang merah, halia, cili api diblender halus..... Panaskan minyak sebanyak 4 sudu besar...tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, dan juga cengkih, bila sudah naik baunya masuk
kan bahan 2 yang telah diblender tadi, biarkan sehingga garing dan pecah minyak.....bila sudah garing dan naik baunya...masukkan ayam, serai yg telah dititik,sup bunjut dan juga kiub pati ayam.....biarkan sehingga mendidih dan masak.....bila sudah mendidih masukkan daun limau purut.... putik jagung, carrot yang dipotong halus, bunga kobis, dan juga sedikit santan atau pun susu cair. Akhir sekali letakkan sedikit garam dan juga daun sup...sedia untuk dimakan bersama meehoon yang telah siap dicelur terlebih dahulu.

DARI CHE" MAT GEBU.





Assalamualaikum kepada pengunjung blog Kakintan semua......hari ni ni Kakintan dapat Award dari CMG....bukan nya satu tapi berkembar 4 sekali.....untuk CMG...terima kasih atas
pemberian ini.....Kakintan rasa sangat berbesar hati dengan anugerah yg diberikan...walau pun salah satu dari award CMG ni berbentuk "kucing hitam"...dimana kucing hitam ini
merupakan salah satu binatang yang membuatkan Kakintan fobia....tapi tak pe kan CMG...itu hanya lah lukisan........he...he...he.....

06 Februari 2009

BIRTHDAY BOY.(MOHD SHAHIR ISKANDAR)


SHAHIR ISKANDAR
Pada 1st February yang lepas.....adalah hari lahir untuk sorang lagi anak yang Kakintan asuh...
Shahir Iskandar...Dah 8 tahun umur Shahir...tak sedar selama lebih kurang 8 tahun jugalah
Kakintan menjaganya...Shahir ada 2 orang lagi adik yang Kakintan asuh Danish Iskandar dan juga paling kecik Marsya Damia...Shahir adalah panggilan manjanya....seorang anak yang bijak, dalam peperiksaan sering mendapat keputusan yang terbaik....apa2 pun buat Shahir acik Intan nak ucapkan Selamat Hari Lahir....semoga panjang umur, murah rezeki, menjadi seorang anak yang soleh, bertanggung jawab dan agar terus maju dibidang pelajaran sehingga ke peringkat yang paling tinggi......

04 Februari 2009

OLE-OLE DARI RAKAN2 MYRESEPI......










Disini Kakintan juga nak mengucapkan ribuan terimakasih kepada rakan-rakan MyResepi
yang mengirimkan ole-ole buat Kakintan. Semua barang-barang ini akan Kakintan simpan
sebagai kenangan yang tak mungkin dilupakan.....mahal atau murah ianya adalah satu tanda
mata yang Kakintan anggap paling bernilai dalam hidup Kakintan......walaupun ada di antara pengirimnya tak pernah Kakintan temui.....insyaallah Kakintan berharap sangat-sangat agar disuatu hari nanti kita akan bersua juga.....jom kita tengok apa barang2nya ya......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...