14 Mac 2010

PUDING CENDUL...MENU REPEAT

Salam dan selamat sejahtera kepada anda yang datang berkunjung kesini...menu kali ni hanyalah menu yang menyejukkan tekak dimusim musim panas begini. Rasanya sebelum ni Kakintan dah ada letak menu puding cendul tu disini....tapi menu tu Kakintan ambil resipinya dari Kak Hanieliza...puding cendul kali ni Kakintan gunakan resipi Kakintan sendiri. Nak juga share apa yang Kakintan gunakan dalam resipi ini...
Bahan bahan nya...

1 paket agar agar
3 helai daun pandan
1.5 liter air
gula merah/gula nisan
2 cawan cendul
1 tin susu cair
sedikit garam
gula pasir mengikut manis yang anda rasa sukai

Caranya :-

Rebus agar agar bersama 1.5 liter air, buboh daun pandan dan juga gula pasir dan juga gula merah/gula nisan. Masak sehingga agar agar dan juga gula tadi larut. Kemudian tapiskan agar agar tadi. Bahagikan kepada dua bahagian. Masuk kan sebahagian kedalam loyang dan sejukkan...yang sebahagian tadi dicamporkan dengan susu cair dan juga cendul.Masukkan juga secubit garam. Bila lapisan yang didalam loyang tadi sejuk, dan mengeras, masukkan pula lapisan kedua yang dicampurkan dengan cendul dan susu cair tadi. Sejukkan lagi.
Ok bila sudah keras bolih lah dipotong potong...sekian dulu, selamat mencuba. Salam and bye....bye.....

2 ulasan:

  1. yumyum..sedapnye puding cendol ni kak..terliurla tengok..pastu lawa aje akak potong..lgla nmpak menyelerakan..:)

    BalasPadam
  2. salam syuhada..terima kasih datang sini. Lepas ni bolih la cuba buat kan...resipinya dah bagi tu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...