20 April 2010

2 ORANG MAMAT YANG POPULAR SEKARANG...



Salam semua... N3 yang Kakintan letak hari ni lari dari apa yang selalu Kakintan publishkan ... selalu nya Kakintan letak pasal masak masak, award yang diterima, aktiviti yang Kakintan lakukan dan juga dah lama sekali Kakintan tak publishkan ialah tentang aktiviti membuat "decal".... tampal menampal kat pinggan mangkok serta apa sahaja yang rasanya bolih kita tampalkan... ada sebenarnya tapi belum nak cerita lagi... nanti nanti lah kan...
Kali ni N3 Kakintan berkisar pada 2 orang MAMAT yang tengah popular kat alam maya sekarang... pertamanya Mat Gebu, keduanya MAT BESI ni (BEN ASHAARI)- sorry ya BEN, Kakintan ambil ayat ni dari blog Mat Gebu juga..he...he... jangan marah tau... Kalau sebut je Mat Gebu...sapa yang tak kenal kan kalau di kalangan blogger blogger ni... rasanya seluruh dunia mengenalinya... kalah artis artis yang ada kat Malaysia ni tau..(artis jangan marah ya- kalau terbaca N3 Kakintan ni)- manakan tidak.... masakkan Mat Gebu lah yang sering menjadi rujukkan mereka..apa nya TIFFIN BIRU BLOGSPOT . COM pasti akan teruja kita semua dibuat nya... begitu juga salah satu lagi blog nya TEKOKUNING BLOGSPOT.COM ...aduhai sekali lagi perasaan kita akan teruja bila mana melihat koleksi pinggan mangkuk antik serta ada juga koleksi koleksi yang terkini dipaparkan olih Mat Gebu...

Kini, datang lagi seorang Mamat yang popular... mana mana blog yang kita singgah mesti akan terpampang nama dia iaitu Ben Ashaari. Kakintan betul betul rasa bangga dengan cara Ben ini mempromosikan blog nya sendiri. Ben sangat kreatif (ikhlas Kakintan beritahu ni Ben)... macam macam cara dia buat pertama sekali Ben buat promosi JELAJAH blog... dan terkini Ben buat pula JELAJAH BLOG IBU IBU...ishhh...ishhh...semoga usaha Ben ini mendapat berkat dariNya ya... kadang kadang tu Kakintan pun rasa macam pelik juga sebab Ben ni dalam sehari kadang bolih letak sampai 15 N3, tak tahu lah kalau lebih lagi...ada je idea dia. Kakintan nak letak 2 N3 pun susah... He...he...Ben nanti tolong Kakintan carikan idea ya macam mana nak dapatkan modal dalam mendapat kan N3 sebanyak itu ... bila masok sahaja ke blog dia sekarang ni pengunjung pengunjung nya dalam satusatu masa melebihi kadang sampai 40 orang, banyak tu.....semalam yang terkini bila Kakintan ke blog Ben dia tolong promosikan blog isterinya. Aduhai bagus lah Ben ni... bukan senang seorang suami nak tolong promosikan blog isterinya tau... tapi Ben rasanya sepanjang Kakintan berblog dia lah orang pertama yg berbuat begitu... apa apa pun syabas pada Ben ya... semoga usaha murni BEN ini menjadi contoh pada blogger blogger yang lain.. ya lah kan rambut sama hitam tapi hati manusia lain lain... Ok lah dah lama Kakintan merapu ni kan. Nak stop dulu kat sini ...nak sambung kerja kerja Kakintan yang terbengkalai pagi ni hik...hik... salam dan bye...bye....



8 ulasan:

  1. Salam Kak Intan.....wah fofular sungguh Mat 2 orang tu ya....dikalangan blogger....

    Kak Intan sihat ke?? Masak apa hari ni....ni Wati bawakan sepiring lompang buat Akak....!!

    BalasPadam
  2. Salam Kak Intan, cantiknya rumah Kak Intan ni. Berbunga2 hati saya melayarinya.. tak jemu memandang..

    BalasPadam
  3. 2 orang jejaka idaman malaya ek kak intan...
    heeeeee

    BalasPadam
  4. salam k.intan. betul kata k.intan tu. saya yg baru ni pun setuju 2 jejaka tu mmg tgh hot skrg.

    BalasPadam
  5. salam Watie...seminggu dua ni malas betul la masak yang sedap2..masak main letak2 je...entah kenapa entah mungkin penat sangat kut..kakintan sihat alhamdulillah.

    BalasPadam
  6. Saru Yusa Ibrahim...terima kasih sudi singgah...datang la sini selalu ya...

    BalasPadam
  7. Leen..betul sama dengan jejaka melatop..hik2x

    BalasPadam
  8. Intan...he...he..terima kasih memberikan sokongan

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...