18 April 2010

ASAM PEDAS IKAN DURI

Salam selamat pagi. N3 ini adalah antara masakkan yang Kakintan bawa semasa family gathering pada hari Sabtu yang lepas (17hb April) di Taman Jati Rawang Selangor iaitu dirumah anak saudara kepada En.Hubby.
Masakkan ini memang menu kegemaran family Kakintan ... ada juga menu lain yang Kakintan bawa bersama iaitu puding cendul, ulam ulaman dan sambal belacan serta salad buah buahan. Nak resepi nya ke?..ok Kakintan letakkan kat sini ya... resepi ni mengikut citarasa Kakintan sendiri..

Bahan bahan nya..

Kepala ikan dan sebahagian dari isi ikan duri..dibersihkan dengan limau nipis
cili kering*
bawang putih*
bawang merah*
halia*
kunyit hidup*
Serai*
Buah keras*
Kesemua bahan bahan yang bertanda * ini diblender
Asam jawa
sedikit garam dan sedikit gula...

Cara nya:-
Panaskan sedikit minyak didalam periuk, kemudian tumiskan bahan bahan yang telah diblender tadi sehingga naik baunya. Masukkan air sedikit garam dan juga masukkan ikan duri yang telah bersih tadi biarkan dia mereneh dalam api yang perlahan sehingga isi ikan tersebut masak. Masukkan dun kesum dan juga bunga kantan yg talah dibelah dua. Masukkan juga sedikit air asam jawa dan juga sedikit gula jika suka. Kalau suka juga bolih tambah daun limau purut dan juga sedikit belacan. Masak sehingga ianya betul betul mendidih . Rasa garam, gula serta masam nya....bila dah selesa pada citarasa kita bolih lah diangkat. Ok selamat mencuba dan salam....

4 ulasan:

  1. salam kakintan. saya sampai sekarang ni masih failed bila masak asam pedas. ikut resepi sebijik2 pun sama gak. masih belum menepati selera hubby. akhirnya, tiap kali hubby nak makan asam pedas, hubby kena masak sendiri...hehehe

    BalasPadam
  2. salam kakintan, asam pedas pun memang lauk feberet sekeluarga, terutama ikan parang dan merah, saya masak asam stail melaka , tambah serbuk kari biar pekat, tapi tak masuk belacan sbb alegik

    BalasPadam
  3. Azita..oh ya ke..tak apa sesekali rasa pula masakkan suami kita apa salahnya kan..he..he...mesti sedap hubby Ita masak kan

    BalasPadam
  4. salam ibu Intan oh ye ke...nanti ibu Intan letak resepi bolih tak untuk asam pedas melaka ni...Kakintan pulak selalu fail buat asam pedas melaka ni...nanti dah letak bagi tau kakintan ya kat SM Box tu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...