18 April 2010

MAJLIS PERKAHWINAN AIDIL DAN QISTINA....

Salam semua, N3 kali ini mengenai majlis perkahwinan cucu saudara kepada En.Hubby Kakintan pada hari semalam Ahad-18hb April 2010. Alhamdulillah majlis berjalan dengan sederhana bertempat diDEWAN KOMUNITI DBKL,Taman Koperasi Polis Fasa 2 .
Pengantin lelaki Aidil, adalah pangkat cucu saudara kepada Hubby Kakintan, manakala pasangan nya ialahNur Qistina Ardini bt. Thawonchorn adalah seorang warganegara Thailand. Mereka bertemu jodoh sewaktu Aidil bekerja disana dan Qistina juga merupakan teman sepejabat nya. Alhamdulillah Qistina selamat memeluk agama Islam beberapa bulan sebelum pernikahan mereka. Ianya mendapat restu dari kedua ibu bapa Qistina.
Sorry, gambar pengantin tak dapat nak fokus, sebab masa pengantin sampai Kakintan tengah makan...he...he... maklum lah jam masa tu dah dekat kul 2 petang... laparrrrr you... he...he.....
Pasangan diatas ni ialah abang ipar Kakintan (abang kepada Hubby) Hamdan dan & Norbihayati, yang sama sama duduk makan semeja dengan Kakintan semalam. Konsep yang digunakan pada majlis tersebut ialah warna pink. Nampak menarik sangat dengan warna tu....
Makanan yang dihidangkan biasa biasa sahaja, dan Kakintan pun macam biasa juga setiap kali ada majlis perkahwinan nasi putih yang menjadi pilihan...
En.Hubby pula suka nasi beriani... antara lauk pauk nya ayam goring, kari daging, nenas tumis, papadum, acar buah,dan juga sambal sotong. Desert pula buah orange sunkist. Alhamdulillah sedap sedap semuanya...
Kepada pengantin baru Qistina dan Aidil, selamat menempuh hidup baru dan semoga Allah memberkati perjalanan hidup kamu berdua baik didunia mahupun diakhirat serta bahagia hingga akhir hayat..Aminnnn...Ok lah sekian dulu catatan Kakintan buat kali ini.Salam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...