28 April 2010

ASAM REBUS IKAN KERISI + BENDI + DAUN KESUM.

Salam, he...he.... ini kisah lauk entah bila entah..... tapi yang pasti masakkan begini bila En.Hubby pergi outstation inilah masakkan yang selalu Kakintan buat. Kakintan memang suka masakkan yang rebus rebus begini... ditambah pula dengan rasa masam masam pedas dan bau wangi daun kesum juga serai. Ada yang nak minta resepi ke? Kat sini Kakintan letak ya... resepinya main cincai cincai je la..ermm....
Bahan bahan:-

3 ekor ikan kerisi (sedap juga kalau letak ikan kembong, ikan terubok dan juga ikan parang).
3 biji cili merah*
6 biji cili api*
bawang merah*
kunyit hidup 1/2"*
Bahan bahan yang bertanda * diblender
Serai
Daun kesum
Sedikit garam dan juga sedikit gula
2 potong asam keping
Beberapa batang kacang bendi.

Caranya: Sediakan periuk, masukkan bahan bahan yang telah diblender tadi bersama sama dengan asam keping dan serai yang telah dititik terlebih dahulu. Bila agak mendidih masukkan ikan yang telah dibersihkan bersama sama dengan daun kesum dah juga kacang bendi tadi. Biarkan sampai ianya mendidih lagi dan masak Rasa masam masin dan manis nya biar sekata dan barulah diangkat.

Kalau masakkan yang begini makan nasi pun laju je.... ermmmm ... bak kata peribahasa "mak mertua lalu belakang pun dah tak nampak dah" he..he...mana nak nampak kan dah lalu kat belakang... Tapi masakkan yang begini juga tak digemari olih isi dalam rumah Kakintan ni...maksud nya Hubby dan anak anak. Diorang macam pelik je bila emaknya masak begitu... Ok lah layan je la masakkan kampong Kakintan ni ya.... salam dan bye...bye....

8 ulasan:

  1. lauk camni mkn ngan nasi panas plus ikan kering sikit mmg terangkat...

    BalasPadam
  2. pun suka makan makanan berkuah..slurrpppp

    BalasPadam
  3. Dalila..terima kasih singgah sini...betul apa kata Dalila tu...

    BalasPadam
  4. Siteddi...sian lapau sebelum waktunya...he...he...

    BalasPadam
  5. Honey amour...kalau makan berkuah cepat kenyang kan

    BalasPadam
  6. salam Fuat gencal terima kasih selalu singgah.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...