29 April 2010

JALAN2 CARI MAKAN DIMALI'S CORNER.

Salam... selamat pagi semua, N3 kali ini jalan jalan cari makan pada malam minggu yang lepas. Hajat hati malam tu nak cari barang kat UP TOWN Danau Kota. Kakintan pun pergilah bertiga beranak kat situ. Sebelum tu Ham pun ada call tengah cari jalan nak menuju ketempat yang sama. Sampai je depan Platinum Walk tengok jalan punya la penoh dengan kereta, dua tiga kali Hubby round area situ nak cari parking semuanya penoh, sudah nya pergi la dekat office anak Kakintan kat Platinum Walk tu baru senang nak parking, lagi pun kat situ lebih selamat tak bersesak sesak. Bila dah ramai sangat orang kat UP TOWn... kami tak jadi kesitu sebab kalau dah ramai sangat nak cari barang pun susah jadi kami singgah ke MALI'S CORNER.. Ezzat pulak sibuk nak makan nasi lemak MALI'S
Kalau datang area Setapak semua orang akan tahu kemasyhuran nasi lemak MALI'S ni...mula asalnya ia terletak di Taman Bunga Raya, kini cawangan nya diPlatinum Walk pula. Tak tahu lah apa yang sedap dengan nasi lemak ni. Bagi Kakintan biasa biasa aje.
Mungkin sebab ayam goreng nya kut...tapi malam tu Ezzat tak ambil ayam goreng, cuma order telur mata dengan ikan bilis sahaja.
Kakintan dan Hubby tak makan pun cuma minum minum je kat situ dengan teh ais. Sebelum tuh baru je cecah punggung kat kerusi datang pula 2 orang kanak2 dalam usia 8-9 tahun menjual kismis minda. Katanya mereka ni dari asrama yatim piatu diRawang, alahai kesian nya....dalam usia sebegini dah mencari rezeki sendiri, tak sampai hati beli lah juga.
Hubby pula macam biasalah dia dengan minuman Neslo yang diordernya. Dia pun tak order makanan. Jadi kami berdua makan la kismis yang dibeli daripada anak anak tadi...ok lah sekian dulu kisah malam minggu yang lalu salam dan bye....bye.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...