25 April 2010

AWARD DARI FIDA AMIDA -DUBAI

Salam dan bersua kembali dihari Isnin ini... sebenarnya beberapa bulan yang sudah Kakintan telah pun menerima award ini dari kawan kawan blogger disini... tapi kali ini award yang sama ini juga Kakintan terima dari salah seorang blogger yang tinggal diDubai iaitu dari Fida@ Amida (JOURNEY OF MY LIFE IN DUBAI) nama blognya dan link nya pula ialah http://www.amida-dubai.blogspot.com/. Dari apa yang Kakintan ketahui Fida seorang ibu kepada 2 orang anak (lelaki dan perempuan) , seorang surirumah yang rajin masak memasak dan juga berniaga.
Kalau ingin mengetahui lebih lanjut tentang Fida bolih la anda semua kewebsite Fida ya... Pada Fida, Kakintan ucapkan terima kasih berbanyak banyak dengan pemberian ini...rasa seronok sangat dan terasa dihargai sesangat la.... walhal Kakintan bukan lah seorang blogger yang tegar, Kakintan hanya suka suka ingin berkongsi sesuatu dengan orang lain tentang aktiviti seharian Kakintan disini. Selain daripada itu ianya dapat menambahkan lagi ramai kenalan dialam cyber ini. Ok lah sekian dulu catatan Kakintan pada petang ini. Salam dan bye.. bye...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...