Dek kerana waktu berbuka dah hampir tiba, Kakintan tak dapat jumpa dengan Anim sebab Hubby (Burn) kata Anim pergi solat. Jadi Kakintan terus je balik rumah sebelum tu duk jamu mata juga disepanjang jalan Pasar Ramadhan tersebut. Tak apa Anim, puasa kan lama lagi, lain kali Kakintan akan datang lagi dan kita bolih lah jumpa ekkk.....apa pun laksa Johor Anim ni memang sedap... macam tu juga dengan dadih tu...
17 Ogos 2010
7 RAMADHAN, TERJAH KEGERAI PENYU LAWA
Salam semua, entry untuk hari ke7 bulan Ramadan. Petang semalam cuaca rasanya mana mana tempat mendung dan hujan je kan. Apa pun alhamdulillah semuanya itu rahmat dari Tuhan, apa yang diberikannya kita dengan redha juga menerimanya. Macam biasa lah petang tu Kakintan masak awal sikit dari hari yang sudah sudah Ramadhan, bukan nya apa ada hajat sebenarnya. Hajat Kakintan nak pergi keBazar Ramadhan yang terdekat dengan kawasan perumahan Kakintan diWangsa Maju ni. Sebelum tu masa chatting kat Facebook ada terbaca kat Wall katanya dia berniaga ditapak Bazar Ramadhan Wangsa Maju.... he...he... bolih la pergi kan, dekat je jalan kaki dalam 10 minit dari rumah Kakintan. Hu..huuu ini lah dia gerai Anim (Penyu Lawa). Masa Kakintan sampai Kak Intan tengok tak nampak pun kelibat Anim, suaminya sahaja sorang yang sedang sibuk melayan pelanggan dari bangsa China seramai 3 orang. He...he...diorang ni sama juga sibuk kan bila bulan puasa membeli juadah juadah yang ada. Digerai Anim menjual Laksa Johor dan juga dadih...huwahhh best nya...laksa Johor memang peberet Kakintan dan suami...jadi Kakintan pun rembat lah 2 bungkus laksa Johor dan juga dadih bekas dadih pandan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
dah lma linn tak mkn laksa johor..
BalasPadamsedapnya laksa johor
BalasPadam*meleleh air liur. hihi
selamat berpuasa kak intan =)
Cik Linn.....sedap tau Penyu Lawa (Anim) punya laksa Johor ni...mabeles...
BalasPadamHani...ia....sebab tu Kakintan minat dari dulu lagi Laksa Johor ni.....
BalasPadam