Antara yang Kakintan masak ialah siakap goreng bercili, mulanya nak masak sweet sour, tapi sehari sebelum tu dah masak ayam sweet sour, kalau hari hari menu yang sama jemu juga kan, sebab tu Kakintan tukar lain sikit. Bukan nya apa masakkan begini kalau kena dengan nasi panas2 disubuh hari tu selera la sikit terutama untuk anak2 bujang Kakintan. Kalau tak ada yang pedas menunya tak sedap pulak.
18 Ogos 2010
SIAKAP GORENG BERCILI...
Salam. Dah selamat bersahur ke semuanya kepada muslimin dan muslimat yang berugama Islam. Kalau sudah alhamdulillah lahhh.... Kakintan pepagi lagi tadi seawal jam 4 pagi bangun memasak, sebab semalam masa berbuka Kakintan gantung apron lagi sebab ada jemputan berbuka puasa diluar rumah. Jadi untuk bersahur Kakintan kena lah sediakan lauknya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan