Salam kawan kawan geng blogger semua...kemana gaknya dipetang petang hujung hujung minggu begini?Kakintan baru je balik dari majlis pertunangan anak kepada jiran Kakintan. Yang buat rasa lega tu bukan nya apa... tapi disebabkan Kakintan dapat menyiapkan kesemua 5 jenis hantaran dari pihak lelaki. Mula mula tu agak buntu juga memikirkan apa yang Kakintan nak buat.Akhirnya Kakintan ambil jalan senang, dek kerana Kakintan minat dengan ciri ciri English jadi Kakintan curah kan idea ni dalam mendeko hantaran ini. Rasa macam satu kepuasan bila dah dapat disiapkan, walau pun idea Kakintan tak secantek mana. Inilah hantaran nya yang sempat Kakintan siapkan semalam. Kesemuanya ini dari pihak lelaki.
Pihak perempuan juga tak kurang hebatnya, walau pun nampak simple, tapi Kakintan suka juga cara dia mendekorasikanya, warna tema yang digunakan nya adalah ungu. Cantek dan simple je kan. Ada 7 dulang kesemuanya dari pihak perempuan ni.
Inilah antara hantaran yang Kakintan siapkan kelmarin, sebakul choklat. Memang mulanya agak buntu juga bagaimana nak mendapatkan idea ni...Kak Intan biarkan dulu barang barang ni terperap selama beberapa hari sebelum mendapat idea.....he...he...
Ini pula tepak sireh.
Choklat tadi dipandang dari sudut keseluruhan...
Yang ini pula bekas cincin nya. Terdapat 2 bentuk cincin yang diserahkan, satu cincin untuk merisik dan satu lagi cincin pertunangan.
Yang ini adalah sejadah dan juga telekong, bukan main cantek lagi sejadah ni. Siap dengan sulam berwarna pink disekeliling nya tuhhhh..
Memang semuanya mengikut tema pink. Cantek betul bila digandingkan dengan warna putih..ibu saudara pihak lelaki sedang menyarungkan cincin kejari manis Aishah. Ermmmm...Aishah ni pun comel orang nya ..kecik molek je.
Inilah salah satu bekas cincin yang Kakintan gunakan dalam gubahan tersebut. Semoga pertunangan Aishah dan juga Shahrul kekal hingga sampai ke jinjang pelamin.
Ok sampai disini dulu buat petang Sabtu ini, Salam dan bye bye....
salam k.intan, cantik2 tul hantaran tu...kretip la k.intan nie..
BalasPadam