07 Ogos 2010

RENDANG AYAM BERKERISEK...

Salam...dan selamat malam minggu. Ermmmm ...tak ada apa apa nak buat di malam malam minggu ini.....sementara menunggu anak anak balik dari tugas masing Kakintan pun ambil kesempatan meletak entry masak masak dua tiga hari yang lepas. Masakkan rendang ayam berkerisek. Makan dengan nasi panas atau pun nasi impit pun sedap. Tak payah tunggu nak raya baru nak masak...bila tekak tu terasa nak makan memang Kakintan masak.
Kalau nak resepi yang Kakintan gunakan bolih la Kakintan letak disini...Ok.. kalau nak tengok bolih lah....

Bahan bahan nya:-

1 ekor ayam beratnya lebih kurang 1.5 kg
cili kering 15 tangkai- rebus-kemudian blender
segenggam cili api- nak kurang pedas bolih kurang kan- diblender
15 biji bawang kecil
3 biji bawang putih
1" halia
2" lengkuas
1" kunyit hidup
3 batang serai- kesemua bahan diatas dimayang dan diblender juga
4 sudu kerisek kelapa
sedikit minyak untuk menumis
3 cawan pati santan
Daun kunyit 2 helai- disiat siat
Daun limau purut 2-3 helai disiat2 juga
gula garam secukup rasa


Caranya..
Potong ayam dan bersih kan. Dalam kuali tumiskan bahan bahan yang telah diblender tadi, biar sampai naik baunya kemudian masukkan ayam yg telah dibersihkan. Masukkan santan . Masak sehingga mendidih, masukkan pula daun kunyit dan juga daun limau purut. Masukkan gula garam sehingga secukup rasa.Masakan lagi sehingga agak 2 kuah nya pekat dan ayam tersebut betul betul masak. Angkat..bolih la dihidangkan bersama sama nasi yang panas atau juga nasi impit.ok lahhh...sekian dulu catatan Kakintan buat kali ini ...salammm dan bye...bye...

2 ulasan:

  1. salam kintan..ni mcm dah raya ni ada rendang, nasi impit-sodap2x! :)..suka tgk gubahan kintan tu-cantik2!!

    BalasPadam
  2. Aduyai! Dah la pose, bubuhlak gambar ayam rendang tu. Cair air lioq Ai. Kak, kalau tak tumis, boleh ke. Saya suka kalau tak guna minyak. Azian

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...