Salam semua, dan selamat petang? Apa khabar hari ni?... Kakintan harap semuanya sihat sihat belaka ya, tak kiralah dimana anda berada. Hari ini rasa seronok sangat sebab Kakintan baru saje menerima tetamu yang jauh dan yang dekat. He..he...sapa yang jauh dan siapa pula yang dekat?... Yang kat bawah ni yang dekat iaitu Ida Cottage/Ida Shops/Ida merpati dimana dia adalah orang yang sama...yang jauh pula yang ni...
Amy Nujaimy yang pulang bercuti dari Abu Dhabi untuk melihat ayahnya yang sakit di Kota Bharu Kelantan, Amy datang bersama sama Ida yang satu masa dulu rakan satu office nya.Ishhhh.... macam tak percaya je Amy datang rumah Kakintan hari ni sebab Ida yang bawa.... lepas tu main terjah je, Kakintan pun tak ada buat apa apa persiapan. Terima kasih banyak banyak la pada diorang berdua ni....Oh ya Amy juga datang bersama anak perempuan tunggal nya....Nur Aleeya Balqis.
Dek kerana datang mengejut , Ida siap bawa kuih pulut panggang lagi. Aduhai sian nya..... kenapa la tak bagi tahu awal awal lagi...kalau tak nak masakkan apa ekkk?????...he..he...apa apa pun terima kasih banyak2 lah pada Ida yang sudi menjadi tourist guide pada Amy serta anak nya singgah kemenara merpati Kakintan ni.
Inilah dia pulut panggang nya, Kakintan hidangkan bersama teh o je buat mereka. Ok layan je la gambar2 mereka ni...salam dan bye...bye...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan