02 Ogos 2010

KUIH CEK MEK MOLEK KE, CEK MEK JE?...

Salam dan selamat tengahari, dah makan ke belum, mesti lepas makan nanti ada yang tengah berfikir nak masak apa untuk minum petang pula kan...ishhh tak habis habis pikir pasal nak makan kan.
Ok lah kalau macam tu apa kata kita buat je kuih ni, Kakintan pun tak pasti mana satu yang betul nama nya Cek Mek atau Cek Mek Molek?..... hanya yang biasa makan sahaja yang tahu sebenar nya kan... Kakintan rasa kuih ni rasanya sama lebih kurang macam kuih keria je kan, cuma kuih keria disalut dengan gula, yg ini pula gulanya dibuat inti didalam. Kalau sesiapa yang berkehendakkan cara membuat nya bolih lah Kakintan copy & paste kan nya dari sini..

Kuih Cek Mek Molek

Bahan
4 biji ubi keledek saiz sederhana
2 cawan gandum-tambah atau kurang sekiranya perlu
gula secukupnya

Cara
Ubi direbus hingga lembut dan dikupas. Tumbuk/lenyek hingga betul2 lumat dan dicampurkan dgn gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh. Bulatkan doh kecil2 menjadi bebola. Kemudian doh tadi dileperkan dgn tangan,kalau melekat taburkan sedikit gandum ditangan, letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. Setelah itu bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang panas.

Sumber resepi Kakintan dapatkan nya dari sini...http://mamasya.fotopages.com .
Ok lah sampai disini dulu ya...salam dan bye bye.....

5 ulasan:

  1. kuih cek mek je org kelatan panggil........

    BalasPadam
  2. salam kak intan,
    nak kue cek mek... hihi. dua2 bole aje panggilannya kak.

    BalasPadam
  3. salam kak
    boleh je kot nak panggil dua2...biasa orang panggil cek mek je

    BalasPadam
  4. terliur lak nampak cek mek molek tuh..

    BalasPadam
  5. salam, kemarin ambo buat kuih cikmek molek tuhh,sedap wei loo.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...