19 Ogos 2010

ANTARA MENU HARI KE9 PUASA......

Salam Ramadhan, semalam dah tak tahu nak masak apa untuk menu berbuka, masa kekedai berdekatan rumah nampak la jagong dua tongkol, Kakintan pun beli la, mula asalnya plan nak buat cekodok jagung, tapi bila sampai rumah plan dah bertukar jadi bubor jagung, tak apa lah jagung ni buat macam mana pun mesti habis punya....inilah dianya bubor jagong yang Kakintan masak dicampor dengan sagu biji. Jadi lah kan buat dessert lepas makan nasi.
Semalam Kakintan buat ayam masak kicap ni, plan mula mula nak buat ayam masak merah lagi, memandangkan baru je lagi buat ayam masak merah, Kak Intan tukar jadi ayam masak kicap, yang ni pun anak anak bukan main suka lagi, ye lah sebab dah lama tak masak ayam kicap. Bulan bulan puasa ni Kakintan masak sikit sikit aje, macam ayam ni masak sebelah je, kalau masak sekor nanti berlebih pulak, dah sejuk anak anak ni tak minat sangat. He..he..ingat hati nak belajar jimat cermat, memandangkan harga barang barang mahal melambong tinggi.

Sayur pula, Kakintan masak lemak cili api pucuk paku dicampor kan pula dengan udang. Nampaknya semalam semua masakkan memenuhi selera isi keluarga Kakintan, alhamdulillah semuanya selesai. Senang hati, tak takut terbuang ke, membazir ke, kalau hari hari macam tu kan best. Ok lah sampai disini dulu entry Kakintan kali ini, salam dan bye..bye...selamat berbuka puasa...

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...