23 Ogos 2010

DESERT YG SEDAP...

Salam dan selamat bertemu kembali dihari ke13 Ramadan ini, selamat menjalankan ibadah berpuasa. Entry kali ini tentang dessert yang Kakintan makan semalam semasa berbuka puasa. He..he...yang ni bukan Kakintan buat tau.. Tapi petang semalam sewaktu balik dari NAGOYA TEXTILE Kakintan pergi terjah lagi ke gerai Anim (PENYU LAWA) diBazar Ramadhan Wangsa Maju ni. Mula mula terjah tak nampak pun siAnim, macan hari tu juga, yang nampak kelibat Hubby nya (BURN) , jadi Kakintan pun terus lah pergi menyusuri kegerai gerai lain cuci mata, tak ada satu pun yang berkenan dan yang menyelerakan.

Memang hajat kesitu hanya satu nak jumpa Anim dan juga nak beli dessert yang Anim jual. Masa berpatah balik baru nampak kelibat Anim, rupanya dia keMasjid berdekatan untuk solat. Huuuu...huuu baru puas hati kan bila dapat jumpa tuan punya gerai. Dah jumpa tak sempat nak snap gambar pun duk sembang yang lebih. Kalau bukan bulan Ramadhan gaknya lagi lama melangut kat gerai Anim ni.... he..he...memikirkan waktu berbuka dah dekat singgah sekejap je. Kakintan beli 3 bekas puding cocktail ni dari dia ...ada lagi puding2 lain yang dia jual..tak apa beli yang ni dulu lain kali bolih terjah lagi ya Anim.
Ok lah..dah panjang celoteh, nak out dah,... nak start prepair apa yang nak dimasak untuk berbuka hari ini. Salam, selamat berbuka puasa dan bye...bye..


3 ulasan:

  1. salam kak intan....mmg syedap!!!

    BalasPadam
  2. sedapnya puding tu....nampaknya kena buat jugak ni...selamat berbuka puasa

    BalasPadam
  3. bln2 pose ni..sgt sedap kalo makan desert yg disejukkan dlm peti ais masa berbuka pose, hehe..
    sejuk je tekak..hahahaha

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...