Sebenarnya hari ni 24 Ogos kan, setiap kali 24 Ogos adalah tarikh yang bersejarah dalam hidup Kakintan... sebab tarikh itulah Kakintan bergelar seorang ibu dalam hidup Kakintan. Pada 26 tahun yang lepas, masa tu hari Jumaat, lepas sahaja muslimin menunaikan solat Jumaat Kakintan sibuk keklinik...masa tu masih lagi bekerja. Ingatkan sakit perut biasa biasa sahaja...maklumlah belum ada pengalaman. Tapi bila sampai keklinik yang jadi panel office husband doktor kata Kakintan dah hampir bersalin. Apa lagi kelam kabut Kakintan dan hubby menuju keHospital Besar KL (masa tu) sekarang HKL....aduhai memang tak bolih lupa peristiwa ni. Dah sampai hospital terus je masok kat tempat bersalin...adalah gaknya dalam sejam kat situ, lepas je azan Asar berkumandang Kakintan pun bersalinlah... Alhamdulillah selamat segalanya.
23 Ogos 2010
BIRTHDAY ALONG (KHAIRUL EZME)
Salam dan selamat tengahari semua. Dah ada plan ke nak masak apa petang ni untuk menu berbuka puasa nanti? Kakintan pun masih tercari cari apa lah yang dimasak juga ni. Kalau ikutkan nak je masak yang ringkas ringkas, tapi kesian pulak dengan anak2 yang tak biasa sangat makan stail2 kampong ni. Orang kampong paling best kalau lauk2 yang direbus lepas tu lawan kan pula dengan sambal belacan, ikan goring..dah cukup. He..he...ok lah terpesong pulak dari tajuk asal nya ni.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
hepi besday along..
BalasPadamselamat ulangtahun along..semuga mendapat jodoh yang baik..kak intan jelouslah dpt fm dari london tu..untung memang beruntung kan.
BalasPadam