25 Ogos 2010

IKAN MASIN & PUCUK UBI MASAK LEMAK + TEMPOYAK & UDANG.

Salam semua, apa khabar hari ni....wah diam tak diam dah masuk 16 hari kita berpuasa kan... Malam ni kita semua menyambut malam Nuzul Al Quran, alhamdulillah setakat ini tidak ada apa apa masaalah dalam menjalankan ibadah berpuasa ini. Entry waktu berbuka puasa semalam, inilah dia nya antara lauk lauk yang Kakintan dan suami makan, anak anak masing berbuka diluar. Kebetulan semalam sewaktu nak memulakan tugas didapor untuk memasak, tengok tengok air paip tak keluar. Tunggu punya tunggu sampai jam 6.30 akhirnya bila Hubby balik dari kerja Kakintan pun ajak dia kegerai diBazar Ramadhan, beli lauk "tunjuk tunjuk" he....he.... ini pertama kali dalam Ramadhan ini Kakintan main "tunjuk tunjuk" kat Bazar Ramadhan tu. Itu pun beli ikut keperluan untuk makan 2 orang sahaja iaitu Kakintan dan Hubby.
Ikan gelama masin ni Kakintan tak beli, tapi goreng sendiri. Sesekali pekena ikan gelama masin jerok ni memang sedap...tapi tak bolih lah selalu selalu kan... takut juga BP Kakintan naik, dilawankan pula dengan sayur pucuk ubi yang dimasak bersama tempoyak dan juga udang. Memang best.... tak tau macam mana nak cakap sedapnya, hanya yang suka makan je yang tau...he...he....


Selain dari itu Kakintan beli juga pajeri nenas dan juga ikan bakar...hu...wahh.. ikan bakar memang peberet, kena pula ikan pari cicah dengan air asam..... memang "the best" lahhhh....dan yang paling last Kakintan beli air lai chi kang. Musim musim panas pekena lai chi kang memang sesuai kan
Tapi laici kang yang dijualnya ni lain sikit dari yang biasa2 Kakintan minum. Lai chi kang nya dicampor dengan buah buahan dalam tin atau pun fruit cocktail.... rasanya tetap sedap. Ok lan sekian dulu entry Kakintan pagi ini, jumpa lagi dilain waktu. Salam dan selamat menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini... Bye...bye...


4 ulasan:

  1. Alahai..sedapnya pucuk ubi tempoyak tu.Ada lagi tak kak intan he3

    BalasPadam
  2. perghhhh!! sedap ni kak intan. makan 3 pinggan pon x pa...

    BalasPadam
  3. kak intan.... sedapnya ikan masin tu kak intan.. leleh air liur saya ni ha... =)

    BalasPadam
  4. kak intan.. terliur tgk pucuk ubi masak tempoyak tu.. dah lama tak mkn...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...