24 Ogos 2010

ANTARA YG DMASAK SEMALAM.

Salam dan selamat pagi. Sementara menunggu anak anak asuhan Kakintan sampai pagi ni, Kakintan macam biasalah duk depan pc melayan blog kawan kawan, selalunya cari resepi resepi apa yang nak dimasak untuk ibuat berbuka nanti. Sambil sambil tu nak share juga lah apa yang Kakintan masak semalam. Dek kerana ada yg request minta masak tomyam jadi Kakintan buat jugalah . Selain daripada itu Kakintan masak juga bubor cha cha sebagai pemanis / dessert waktu berbuka semalam. Tak banyak pun bahan yang Kakintan letak cuma keledek dan sagu biji sahaja.

Inilah tomyam ayam yang Kakintan masak semalam sebagai lauk untuk berbuka. Buat tomyam ayam sahaja + sayur sayuran, kalau buat tomyam yg dicampor seafood, anak anak Kakintan tak berapa selesa, sebab semuanya alergic dengan seafood. Ada juga lauk lauk pengiring tomyam ni semalam, antaranya ikan siakap sweet sour, ulam timun dengan sambal belacan serta ayam goreng. Tapi yang lain tu tak sempat nak ambil gambar dah kelam kabut masa berbuka dah sampai waktunya .... he..he...
Ok sampai disini dulu cerita Kakintan pagi ni. Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat berbuka. Salam dan bye bye....

1 ulasan:

  1. pepagi ni nengok menu kakintan, mencabar rasanya, bestnye bubur ca cha tu...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...