Salam..... wahhhhhh seronokya kali ni... bila dapat mesej dari salah sorang anak saudara yang tinggal diIpoh mengatakan yang Kakintan dapat seorang lagi cucu saudara... he..he...ye lah selepas sahaja arwah ibu Kakintan meninggal Kakintan dah mendapat 2 lagi orang baru dalam keluarga kami . Seminggu selepas ibu Kakintan meninggal, adik ipar bongsu Kakintan yang tinggal diTanjong Karang Selangor melahirkan seorang bayi lelaki, yang diberi nama Umar, Umar anak yang ke7 lahir pada hari yang sama dan waktu yang sama ibu Kakintan meninggal, iaitu hari Selasa, jam 11.10 minit malam. Alhamdulillah dah selamat semuanya...
Kini terbaru lahir pula NUR QHASEH QAISARA, iaitu pada 28 July yang lalu. Ianya merupakan cucu sulung abang Kakintan. Alhamdulillah walau pun dilahirkan secara pembedahan, NURQHASEH nampak sihat sekali, mana kan tidak berat nya sahaja lebih kurang 4 kilo sewaktu dilahirkan.
Kalau dilihat didalam gambar ni besar nya dah sebaya macam bayi yang berusia 2-3 bulan je kan. Ok lah pada mama NUR QHASEH QAISARA ni selamat menjalankan tempoh berpantang....he....he....nama mama NUR QHASEH ni pun antiq juga... nak tau sapa... NURMAYA KESUMA...Oklah layan dulu gambar gambar cucu saudara Kakintan ni ya... salam dan selamat makan tengah hari...bye..bye...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan