10 Ogos 2010

KENAPA PERLU BERSAHUR?...

Salam semua blogger terutamanya yang sedang berpuasa, he..he...ada ke yang tak bangun bersahur subuh tadi?.. saja saja tak nak bangun atau pun tak sedar dari tidur?..Ishh...kenapa tak nak bersahur?...sayangnya..lain kali bersahur tau jangan tak bersahur...macam macam kelebihan yang kita dapat dengan bersahur ni..

Daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"HENDAKLAH KAMU MAKAN SAHUR, SESUNGGUHNYA BERSAHUR ITU SATU KEBERKATAN."

al Bukhari dan Muslim.

Huraian:-

Umat Islam disunatkan makan sahur, samaada bagi puasa wajib,mahupun puasa sunat, sekalipun mengambil sedikit sahaja dari makanan atau pun minuman. Hikmah disunatkan makan sahur keatas orang yang hendak berpuasa ialah untuk memberikan kesegaran dan memperbaharui niat untuk berpuasa pada hari esoknya. Orang yang berpuasa dan makan sahur pada waktunya dan dengan niat kerana Allah, nescaya Allah akan memberikan rahmat dan keberkatan didalam hidupnya dan inilah kelebihan yang tidak diperolehi melainkan bagi orang orang yang bersahur sahaja.

Sumber:JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA.
Ok lah... sebenarnya Kakintan letakkan entry ini agar kita sama sama ingat mengingati. Salam dan selamat menjalani ibadah puasa dibulan Ramadhan yang mulia ini...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...