tengah fikir apa juadah untuk berbuka nanti?... Nak masak nasi lauk apa????? Kalau juadah pula kuih apa?..Bubur apa? Malam nanti bersahur nak makan apa, apa yg sedap? Apa yang selera dengan citarasa anak anak ? Selera suami pula bagaimana? Semuanya tu mahu juga diambil kira.. he..he... buntu memang buntu.. sedang bukan dibulan Ramadhan pun kadang kadang buntu juga nak layan selera ahli keluarga masing masing.
Maksud Kakintan disini, tak semestinya hidangan dibulan Ramadhan ini yang special special sahaja. Pada Kakintan ianya masakkan nya biasa , macam yang selalu Kakintan hidangkan pada hari2 biasa. Cuma kadang kadang tu nak juga diselitkan sesekali hidangan yang agak berlainan dari hari hari biasa. Contohnya kalau biasa nya tak ada buat makanan pencuci mulut..dibulan2 Ramadhan ni nak juga dibuat atau pun sesekali nak juga makan bubor lambok kan?..he..he..sebut bubor lambuk...memang senang dapat dimana mana dibulan puasa macam ni...paling terkenal diMasjid Jamek Kampong Baru,Kuala Lumpur. Tak taulah hari ni dapat ke tak bubor lambuk Kg Baru ni, kalau En.Hubby rajin time dia singgah solat masa waktu Asar nanti ada rezeki dapat lah tu. Ok lah...dah jauh melalut kebubor lambuk perginya...
Berbalik pada kebuntuan menyediakan juadah berbuka dan bersahur tadi...apa apa pun kita buatlah yang terbaik, iaitu bersederhana... sementelah pula harga barang barang yang naik melambung menjelang bulan Ramadhan ini.
Ok lahhhh.... salam dan bye..bye...selamat berpuasa.
kak intan... sya snag je... buka hubby x kisah, yg penting time sahur... tadi kul 4 dah msak lauk tuk sahur pg tdi n buka ptg ni... nnti ptg ni tuk buka cuma msak syur n perpukaan je... dah ada dlm kpla nak buat puding cramel n nasi goreng sempoi je...
BalasPadam