31 Ogos 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN MENYAMPAIKAN SUMBANGAN...

Salam, entry kali ini tentang majlis berbuka puasa yang diadakan diDewan Serbaguna Seksyen 4, Wangsa Maju...iaitu berhampiran dengan kawasan perumahan yang Kakintan duduki sekarang. Disamping mengadakan majlis berbuka puasa tersebut pertubuhan yang Kakintan ikut ini juga turut menyampai kan sumbangan kepada ibu ibu tunggal dan juga orang orang kurang upaya (OKU) serta juga anak anak yatim . Kebanyakkan mereka ini ada lah dari warga Wangsa Maju.
Turut sama dalam majlis tersebut ialah Dato Zaid Ibrahim, semua orang tahu siapakah dia kan?....selain dari itu juga sekumpulan anak anak Tahfiz juga dijemput hadir ke majlis ini. Salah seorang anak ini juga yang menjadi Imam sewaktu kami melakukan solat Maghrib diSurau yang berdekatan. Alhamdulillah sejuk hati melihatkan anak anak ini yang sedari kecil lagi telah diasuh dalam ilmu agama sepenuh nya. Harapan dari kami semoga anak anak ini menjadi anak anak yang solleh satu masa nanti dan juga menjadi contoh kepada anak anak yang lain yang susia dengan mereka.

Dalam majlis tersebut para ibu tunggal diberikan sedikit sumbangan bagi menyambut kedatangan Aidilfitri. Sumbangan berupa hamper dan juga wang ringgit yang merupakan sumbangan berbentuk peribadi. Alhamdulillah sudah dua tahun pertubuhan ini melakukan nya pada setiap kali bulan Ramadhan. Semoga ianya akan diteruskan pada tahun tahun yang akan datang, insyaallah. Begitu juga dengan mereka anak anak yatin serta orang orang OKU sumbangan yang sama juga turut diberikan.


Dalam majlis tersebut Kakintan membawa 2 orang jiran Kakintan yang berupa ibu tunggal yang kematian suami. Mereka juga tidak bekerja. Hanya mengharapkan pemberian dari anak anak dan juga adalah sedikit wang pencen dari arwah suami masng masing. Alhamdulillah dengan pemberian tersebut dapat juga mengembirakan hati mereka dan dapat lah juga menambah rezeki yang ada. Ok lah ya...sampai disini dulu celoteh Kakintan pagi ni, Salam dan selamat menjalani ibadah puasa dibulan Ramadan yang mulia ini.... aminnnn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...