05 September 2010

AKTIVITI PAGI MINGGU SEMALAM...

Salam... kali ini bukan pasal makan, tapi apa yang Kakintan dan family buat pada pagi hari minggu semalam, seperti biasa macam tahun tahun yang lepas sebelum balik kampong dua tiga hari lagi... En Hubby mengajak Kakintan dan Ezzat keTanah Perkuburan Islam Kampong Puah Gombak, untuk menzirah dan juga membersihkan kubur kubur kedua ibu bapa Hubby yang telah pergi dan juga salag seorang dari abang nya.
Bila sampai sini Kakintan tengok kawasan tu dah dibersihkan dan diterangkan. Nampak luas saujana mata memandang...apa yang perlu cuma mencabut rumput rumput yang kecil diatas kubur tersebut. Masa ni Ezzat sedang membersihkan kubur bapa saudara nya yang sulong (abg kepada En.Hubby)- along Taib...cuaca semalam pun cukup bagus, redup je... ada juga dua tiga orang lain yang datang menzirah kubur parent masing2

Yang ini pula kubur arwah bonda tersayang En Hubby. tak perlu bersusah payah kerana kubur tersebut juga nampak bersih cuma rumput2 kecil yang baru nak tumbuh perlu dicabut.


Terlupa pula nak ambil gambar kubur arwah ayahanda mertua.... tak juga jauh dari situ hanya beberapa langkah je. Sedang kami membersihkan kubur tersebut, Kakintan tengok datang pula orang berduyun duyun kesitu membawa seorang lagi jenazah yang hendak dikebumikan disitu...Innalillah. hiwainna hirojiun... setiap yang hidup pasti akan mati. Kita juga akan kesitu, cuma tak pasti... cepat atau lambat...apa pun sediakan lah diri kita dengan amalan2 diakhirat nanti...amin...Salammmm, selamat bersua lagi..

2 ulasan:

  1. al fatihah utk arwah2..

    selamat hari raya ..
    andai ada terguris perasaan spjg berblogging nie harap dimaafkan ye .

    BalasPadam
  2. Semuga perjalan seterusnya dipenuhi keberkatan serta rahmatnaya.
    Selamat Hari Raya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...