05 September 2010

ACAR TIMUN + NENAS ..KARI IKAN MERAH + KACANG BENDI..

Salam semua..apa khabar...dah lama Kakintan tak letak entry baru... macam tak cukup je masa hari hari yang berlalu ni..macam macam kerja yang nak disettlekan..tak tahu entah apa apa dekat dekat nak sambut Aidilfitri ini. Apa pun inilah menu Kakintan diminggu lepas..dah lupa dah hari apa he...he....ok lah janji Kakintan masak macam biasa kan. Dalam sibuk sibuk dan keletihan menyiapkan kerja yang tak pernah habis tu Kakintan ambil keputusan masak yang ringkas ringkas sahaja, janji hubby dan anak anak suka apa yang Kakintan masak. Dah penat hari hari nak fikir pasal menu yang nak disediakan Kakintan buat acar (jelatah ) timun dan nenas ni lagi pun rasanya ianya membuka selera untuk makan... entah kenapa sejak akhir akhir ni selera makan makin berkurangan. Setiap makanan yang dijamah terpaksa diteguk dengan seteguk air ...nak bagi makanan ditolak masuk keperut..ha...ha... kalau tidak payah nya nak makan. Sedap juga kalau ada nenas dengan timun ni , buat nya pun ringkas je...racik timun, nenas, bawang besar, cili api (kasi pedas berasap) dan gaulkan je dengan sedikit garam dan juga gula...dah siap. Makan macam tu pun sedap tak payah ada nasi.
Lepas tu teragak nak makan ikan masak kari. Jadi Kakintan pun buat lah kari ikan merah. Beli sekor je yang kecik saiznya. Anak anak tak layan kalau ada ikan ikan ni, cuma diorang cedok kuah nya je..selain dari dua menu diatas ni Kakintan juga kena tambah satu lagi menu yang mesti ada, apa lagi kalau bukan ayam goreng. Tak ambil gambar pun sama je rupanya dengan yang sudah sudah tu gambar nya...he..he... Satu lagi menu yang Kakintan letak ialah telor masin..hu..hu...bulan bulan puasa kalau sesekali lauk begini memang mabeles kan?..ok lah sampai disini dulu coretan Kakintan tengah hari ni. Salam dan selamat berbuka puasa.

Selamat berbuka puasa juga Kakintan ucapkan pada semua rakan blogger yang berkunjung keblog Kakintan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...