Salam.... selamat pagi semua, salam Ramadhan... dah fikir fikir ke nak masak apa untuk berbuka petang ni?...Sekarang ni senang je kan... kalau dah buntu atau pun dah malas masak, poket pula agak tebal, bolih la cari tempay tempat makan yang agak sesuai. Dimusim musim bulan Ramadhan ni banyak tempat atau restoren restoren yang menyediakan hidangan ala buffet. Pilih je apa menu yang kita ingin kan yang sesuai dengan citarasa masing masing, mahal atau murah bergantung juga pada poket masing masing.
Minggu sudah Kakintan dan keluarga berbuka diRestoren HALE'S KITCHEN diWISMA RAH, Kampong Bharu. Kebanyakkan menu menu yang disediakan adalah masakkan kampong. Kalau tengokkan harga nya agak berpatutan juga lah iaitu RM35 seorang. Kami kesitu secara kebetulan sahaja...memandangkan pada hari tu seharian Kakintan dan suami banyak urusan yang nak diuruskan jadi sebelah petang nya terasa agak letih sangat untuk menyediakan menu berbuka puasa... apa lagi cari je lah tempat yg sesuai. Salah seorang kenalan lama Kakintan masa bekerja dulu juga pekerja direstoren tersebut. Dia yang menguruskan restoren tersebut dari A-Z... dan semasa berchatting diFacebook dia juga yg mencadangkan untuk berbuka direstoren ini.
Bermacam2 hidangan yang disediakan ada makanan kampong dan juga western, tapi Kakintan dan family memilih lebih kepada masakkan kampong. He..he... biasalah dah nama nya tekak Melayu kan....mesti nak cari ulam , ikan masin, kari, sambal belacan...
Ayam masak merah antara yang kami pilih dan juga ketam masak kari.
Kakintan juga pilih sayur bok choy ni...
Ini pula kuih mueh yang Kakintan pilih, antaranya puding roti, popiah goring samosa daging,serta tahu sumbat. Selain pada tu makanan pencuci mulut seperti buah2an juga disediakan..
Ada juga jeruk buah buahan pada yang suka...tapi Kakintan tak berminat dengan jeruk jeruk ni. Lagi satu kalau makan jeruk jeruk macam ni dibulan puasa senang nak dapat sakit pedih hati...he...he... baik jangan di makan kan...
Air juga bermacam jenis disediakan, hari tu ada air sirap bandung, sirap, teh O, air tebu, soya dan lain lain lagi. Pada yang berminat dengan aiskrim juga ada..ok lah...sampai disini dulu celotih Kakintan pagi ni, salam Ramadhan dan selamat berpuasa...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan