Salam Aidilfitri buat semua geng blogger yang sudi singgah diblog Kakintan ini. Apa khabar semuanya. Agak lama juga Kakintan tak letak entry disini. Sebelum tu SALAM AIDILFITRI buat semua kawan kawan, mohon ampun dan maaf zahir dan batin juga dari Kakintan sekiranya ada coretan coretan Kakintan disini ada yang terguris dihati ketika membacanya. Sesungguhnya tiada niat untuk melukakan hati sesiapa pun. Cuma mungkin ianya berlaku tanpa disedari. Maafkan Kakintan sekali lagi ya...
Tak balik kampong ke..raya kali ini?....Kakintan baru sahaja pulang keKuala Lumpur semalam. Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik semuanya selamat dan tak banyak halangan. Kakintan pulang berhari raya diPerak pada pagi hari Khamis, selepas selesai solat Subuh setelah bersahur kali terakhir bagi Ramadhan 1431H.Terasa masa begitu cepat sekali berlalu Ramadhan kali ini. Entah kenapa entah, rasa macam tak puas lagi menunaikan ibadah puasa, Ramadhan telah meninggalkan kita dan kini tanpa kita sedari hari ini juga dah masuk hari ke4 kita semua berhari raya.
Aidilfitri kali ini Kakintan sambut dengan sederhana sekali, pakaian pun dibeli disaat saat akhir menyambut Aidilfitri. Bagi Kakintan tahun ini memang agak terasa kelainan nya, manakan tidak seperti tahun tahun yg lepas kalau balik kampong ada ibu yg menyambut kepulangan kami sekeluarga dimuka pintu... tapi sebagaimana yang anda semua tahu ibu Kakintan baru 2 bulan lebih meninggal dunia. Jadi ini tahun pertama Kakintan berhariraya tanpa kedua orang tua, baik sebelah Kakintan begitu juga pihak Hubby. Apa pun hidup perlu diteruskan.
Macam biasa, bila balik kampong persiapan menyambut Aidilfitri Kakintan buat sendirian kali ini, selalu nya Kakintan sibuk memasak berteman kan ibu Kakintan didapor, tapi kali ini....errrrmmmm... berteman kan airmata sambil memasak, ternampak2 bayang2 arwah emak menemankan Kakintan memasak didapor sambil bercerita tentang anak menantu serta cucu2 nya....uhhhhh...apa pun Alfatihah buat mak...semoga arwah tenang disana.
Sesampainya Kakintan dan family dikampong, kami terus kebandar Tk Intan mencari bahan keperluan untuk dimasak. Antara yang Kakintan masak Khamis tu ialah rendang ayam, dan juga ketupat segera. Adik beradik yang lain juga sibuk memasak dirumah masing masing. Tapi kami dah janji memasak menu yang berbeza..he..he... senang nanti bila mereka datang berkumpul kat rumah arwah emak macam macam menu yang ada. Adik beradik yang lain datang berkumpul pada hari raya kedua...jadi sebelum tu hanya keluarga Kakintan sahaja yang ada disitu. Ok lah sekian dulu catatan Kakintan buat kali ini...nanti kita sambung lagi cerita ya...salam dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan