28 Oktober 2010

29 OKTOBER DALAM INGATAN...DAH 27 TAHUN ALHAMDULILLAH...

Salam dan selamat pagi semua pengunjung pengunjung blog Kak Intan. Alhamdulillah kita bersua lagi dipagi Jumaat yang mulia ini. Hari ini rasa seronok sangat sebab ini adalah hari yang ke27 ulangtahun Perkahwinan Kak Intan dan suami (Kamarudin Bahar). Pada 29hb Oktober 1983 27 tahun yang lalu Kak Intan telah dinikah kan dikampong kelahiran Kak Intan di Chenderong Balai Teluk Intan Perak. Alhamdulillah sekali lagi kehadrat Illahi kerana memberkati perkahwinan ini dengan anak anak seramai 3 orang yang kesemuanya lelaki.
Kalau di selongkar balik kisah lama lama dulu, Kak Intan dan suami berkenalan dan berkawan cuma dalam masa 3 bulan. Ermmmm.... mungkin jodoh kami dah sampai, walau pun Kak Intan masih lagi belum bersedia untuk menjadi seorang surirumah tangga pada masa itu.... tapi bila perhubungan diketahui olih keluarga pihak suami mereka cepat cepat mahu kani ditunangkan. Ya lahhhh.... sapa yang tak bimbang bila anak perempuannya tinggal jauh dari keluarga sendirian kan. Pada usia 21 tahun Kak Intan pun ditunangkan masa tu Kak Intan pun baru lagi bekerja diKuala Lumpur. Kebetulan suami Kak Intan juga berasal dari Kuala Lumpur, jadi tak jadi masaalah sangat. Kami ditunangkan tak sampai setahun , lebih kurang 9 bulan sahaja. Tiba masanya keluarga sebelah suami pun memberitahu keluarga Kak Intan hari perkahwinan akan dilansungkan pada tarikh ini -29 Oktober 1983-alhamdulillah segala nya dilansungkan dalam suasana serba sederhana.
Selama 27 tahun ini Kakintan rasa bersyukur sangat sebab walau pun ada ranjau dan duri yang kami hadapi ianya dapat kami tangani dengan selamat. Mana ada rumah tangga yang tak bergelora sesekali ada juga perselisihan faham berlaku tapi kami dapat selesaikan dengan baik... jarang lah berlaku berlarutan. Apa apa pun perbincangan adalah jalan penyelesaian yang terbaik.
Hu...huuu inilah gambar gambar kenangan yang dapat Kak Intan titipkan bersama disini sebagai kenangan 27 tahun yang lalu. Kepada kawan kawan yang banyak menghantar SMS dan juga mesej mesej melalui FACEBOOK, Kak Intan mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih diatas doa2 dan ucapan kalian itu.... Kak Intan juga mendoakan semoga rumah tangga anda semua diberkati Allah didunia dan akhirat disamping keluarga anda yang tersayang. Sama samalah kita menjadikan keluarga kita sebuah keluarga yang bahagia disamping anak anak yang dikurniakan olihNya. aminnnnnnnnnnn.....Salam dan jumpa lagi dilain entry.....

6 ulasan:

  1. tahniah kak intan....SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN-27 semoga kekal hingga ke akhir hayat dan semoga kebahagiaan sentiasa menjadi milik akak sekeluarga..

    BalasPadam
  2. Salam Kak Intan.....

    TAHNIAH! TAHNIAH!
    SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KAK INTAN SEMOGA DI PANJANGKAN JODOH PERTEMUAN SEHINGGA KE AKHIR HAYAT....AMINNNNNN....

    BalasPadam
  3. apa khabar kak intan...
    tahniah, selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 27. semoga kebahagiaan selalu berpihak pada kak intan dan keluarga...

    BalasPadam
  4. tahniah kak intan... semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat....

    BalasPadam
  5. Tahniah k.intan, Selamat Ulangtahun Perkahwinan..moga kekal bahagia seterusnya ke akhir hayat...semakin disayang dan segala hasrat akan tertunai...amiiinnn

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...