17 Oktober 2010

BERTEMU GENG BLOGGER LAGI...

Salam dan selamat bertemu kembali, kali ni entry aktiviti Kakintan dan geng minggu lepas. Sampai sekarang rahang masih lagi sakit mungkin banyak sangat ketawa gaknya. Entah apa yang diketawakan pun tak tahulah... biasa lah tu kalau dah berjumpa dengan geng geng yang lain tu. Sabtu lepas pepagi lagi Kakintan dan Hamsiah (Kak Ham-Keluarga Airuti) dah menuju keBandar Baru Bangi. Kat sana kami berdua bersua pula dengan Mazliza (Ilham Dapor ) bersama anak daranya...Maz datang dari Putra Height dan akan pulang semula keBahrain tak lama lagi...kami janji bertemu disatu tempat (syyyyyhhh..tak leh kasi tahu ..bahaya..ha..ha..) tak de lahhhh saje je main main ni. Bukan nya apa saje je buat gempak tak tentu hala he..he...
Dari tempat kami bertemu dengan Maz, Kakintan dan Ham terus je menuju kerumah Rozie yang tak jauh dari pekan Bangi tuhh rasanya dalam 10 minit cam tuhhh...tapi tau tau je la kalau dah first time pergi sesat barat juga la sekejap...terpaksa lah siRozie datang menjemput kami kat pangkal jalan he..he...thanks Rozie bersusah payah je kan..Apa pun akhirnya sampai juga kami kerumahnya....Rozie ni baru je selesai berpantang melahirkan anaknya yang ke3 diberi nama Rania... sedap nama ni Rozie...dalam gambar ni Rozie tengah melayan Rania yang nak tidor. kesian dia tak dapat nak lelap...mak cik makcik yang datang buat bising...ketawa memanjang dan sembang sesedap rasa he..he...he... maklumlah baru jumpa, macam macam nak cerita...kalau ikutkan 3 hari 3 malam pun tak habis lagi bercerita...sampai melopong Kakintan dan Ham mendengar cerita Rozie tentang pengalaman nya merantau keUK selama beberapa tahun.... selalunya kami bertegur sapa diblog masing masing , tak bolih pulak tu nak tulis lebih lebih he...he...
Inilah dia gambar geng yang sama sama datang kerumah Rozie hari tu, dari kiri Umie-E, Kakintan, Hamsiah Junid, Rozie (tuan rumah), Mazliza ermmm ada lagi tuhhh sebenarnya...Maz punya anak dara tak ambil gambarnya...
Masa tengah seronok kami bersembang tengahari tu sorang lagi geng datang menziarah, sapa lagi kalau bukan Umie...rumah Umie pun tak berapa jauh dari situ, Umie pun baru lagi pulang bercuti keEurope. Apalagi bila dah sampai lagi bertambah riuh rendah la rumah Rozie dbuatnya. Nasib baik anak anak Rozie dan Hubby Rozie memahami dan sporting... terima kasih banyak banyak.
Pada Rozie juga terima kasih banyak banyak dengan hidangan yang disediakan. Sedap sedap semuanya, begitu juga dengan buah tangan dari Rozie, ribuan terima kasih juga dengan pemberian tersebut. Pulang dari rumah Rozie kami singgah pula Kampong Sungai Ramal Dalam, rumah Anizah Mohd Noor. Dah lama tak jumpa Anizah, selalu duk bersembang dalam FB aje tak pun kami calling2 he..he....
Sorry Anizah kalau mengganggu...masa tu Anizah baru je pulang dari majlis kenduri dirumah salah seorang saudara mara nya dikawasan situ juga. Nampaknya Anizah sibuk menyiapkan renovation banglo miliknya ini. Alhamdulillah dapat juga jamu selera dengan biskut biskut raya yang masih banyak lagi kat atas meja nya tuhhhh.... he..he...
Lebih kurang kul 3 kami semua beredar untuk pulang kerumah. Wahhh ...masa macam cepat betul masa berlalu hari tu, sekejapan dah petang. Terima kasih juga buat Anizah dan Rozie serta keluarga masing masing sebab dapat meluangkan masa semasa kami terjah tempoh hari he..he...Ok lah layan dulu pic gather2 Kakintan ni. Salam... jumpa lagi ya...

2 ulasan:

  1. seronoknye jumpe kawan2 blogger ek...

    BalasPadam
  2. sonokkan kakintan dpt jumpa geng..kita bila nak jumpa nie..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...