14 Oktober 2010

KEK BUAH KUKUS

Salam kawan kawan geng blogger yang berkunjung keJariintanku. Entry masak masak lagi kali ini, teringin nak makan kek kukus buahbuahan pada beberapa hari yang lepas. Apalagi Kakintan selalunya buat rujukkan diblog Chef terkemuka , siapa lagi kalau bukan Chef Hanieliza. Nak kan resepinya jum kita tengok apa bahan bahan nya dulu...
KEK BUAH KUKUS
Sumber: Kak Liza

Bahan:
200 gm butter
200 gm gula halus
300 gm tepung gandum ]
2 s/teh baking powder ] ayak
1 s/teh soda bikarbonat ]
3 biji telur
1 s/teh esen vanila
100 gm gula....cairkan kekuningan
250 gm buah campur

Cara:
1. Butter dan gula dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila.
3. Masukkan bahan yg diayak dan buah campur.
4. Masukkan gula yg dicairkan dan kacau rata.
5. Panaskan kukusan sehingga mendideh.
6. Kukuskan adunan kek selama 2 jam. Jangan biarkan air menitik dalam adunan kek.
7. Sejukkan kek baru dipotong dan hidangkan

Ok Kakintan dah letak resepinya, nanti sesiapa yang nak cuba buat bolih lah buat rujukkan ya. Terima kasih juga pada Kak Hanieliza yang sudi berkongsi resepi disini. Salam dan jumpa lagi lain waktu.

3 ulasan:

  1. Salam Ukhwah & Salam Ziarah....Sedapnya Kek Kukus Buah Ni...Tahan Lama...Dah Sedap!

    BalasPadam
  2. sedapnya.. saya suka kek buah jenis kukus.. sebab lembab...nanti boleh try..

    BalasPadam
  3. kak intan
    kek ni tahan berapa lama ye? heeee saya tengah mencari kek buah yang tahan berminggu minggu tu ( eh ada ker ek?)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...