22 Oktober 2010
CEKODOK SAYUR PULA....
Salam semua....bersua kita lagi. Ermmmmm...he..he....cekodok lagi kan minggu lepas memang minggu cekodok lah gaknya , hari hari duk buat cekodok, ni yang last Kakintan buat untuk minggu sudah. Kakintan buat cekodok sayur pula. Antara sayur yang Kakintan campurkan ialah sedikit carrot yg diparut kasar, sedikit taugeh, kucai dan juga bawang besar yang dimayang halus. Kemudian Kakintan campurkan pula dengan sebiji telor, serta beberapa ekor udang yang besar kemudian Kakintan potong potong dan bancuk pula dengan air sejuk dari peti ais campurkan sedikit garam. Goreng garing garing. Kali ni tak makan dengan cili sos, tapi Kakintan guna kuah kacang (versi pecal) untuk dicicah..perggghhhhhhh..buat kan kopi panas panas....fuhhhhhhhhhh memang THE BEST lah nak pula kalau makan ramai ramai....memang mabeles...he..he..
Ok sekian dulu celoteh pagi ni pasal makan makan, masak masak he..he...Jumpa lagi lain entry . Salam buat semua.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ermm..syedapnya..nanti nak buat jugak le!!
BalasPadam