22 Oktober 2010

MEE BANDUNG.

Salam dan selamat pagi Sabtu. Pepagi ni nampak mendung sahaja...mana yang bercuti memang seronok kalau nak tarik selimut balik, sambung semula tidur. Bagi Kakintan tak lah rasanya... he..he....lain macam je rasanya kalau usia usia macam Kakintan ni nak nyambung tidur tak tentu pasal. Lagipun kata orang tua tua tak baik kalau tidor masa matahari menaik .... ermmmm.... sendiri mau ingatlah bak kata Nabil siRaja Lawak tu kan....lu pikir la sendiri...
Entry pagi ni pasal makan makan kat rumah Kakintan dua hari yang lepas. Badan time tu tak berapa sihat. Nak makan nasi pun rasa tersekat je kat tekak ni. Ya tak ya...barang barang balance buat padprik seafood ada lagi... cuma nak kena beli mee kuning lagi. Akhirnya buatlah mee bandung yang ringkas2 ni. Rasanya kena dah kat tekak ni sebab ada rasa pedas2, masam2 sikit dan manis. Makan pula masa masih panas lagi memang bercucuran lah peloh jawab nya he..he....resepi nya ambil disini...http://resepi.mesra.net/Detailed/339.shtml Ok lepas ni bolih la cuba membuatnya. Terima kasih kepada mesra.net kerana berkongsi resepi disini, lain kali bolih buat lagi. Salam dan jumpa lagi lain entry.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...