11 Oktober 2010

KUIH KASUI...

Salam dan selamat bertemu kembali diblog Kakintan ini...Sarapan apa pagi ni? Kakintan sejak lepas lepas musim raya ni tekak asyik nak mencari menu menu kuih melayu je.... ini menu petang semalam masa berbuka puasa. Teringat nak makan kuih kasui... senang je kan nak buat nya... tapi kali ini Kakintan masukkan dalam acuan kuih yang kecil kecil ..senang tak payah nak potong potong, kalau ambil dua bekas tu dah kenyang dah....
Nak kan resepinya...selalu nya Kakintan datang kat sini kalau nak membuatnya ...sekejap ya Kakintan letak kan link nya...http://chetambiz.blogspot.com/2005/10/kuih-kaswi-permintaan-yati.html memang sedap. Terima kasih pada tuan punya resepi kerana berkongsi disini...tapi Kakintan akan letak juga cara2 membuat nya...
KUEH KASWI dari Kak Liza MDC

Bahan A
5 cawan air
3 keping gula kerek/roda (banyak dijual di pantai timur)
atau 3 s/b gula merah
3 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan
Masakkan semua dan sejukkan

Bahan B
2 cawan tepung gandum
½ cawan tepung kanji/ubi atau jagung
1 sudu kecil kapur kueh
Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

Cara:

1. Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan.
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan kan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak.
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong.
6. Gaulkan garam dan kelapa.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

Ok lepas ni sesiapa nak membuat kuih kasui bolih lah buat rujukkan disitu ya. Salammm.

1 ulasan:

  1. salam kak intan ;)
    kuih kasui kuih rasmi masa sy berpantang dulu..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...