11 Oktober 2010

APA LAUK TENGAHARI NI?..

Salam ..jumpa lagi tengah hari ni. Baru siap masak masak kat dapor tu. Sementara menyejukkan makanan yang baru siap dimasak Kakintan nak letak entry lauk yang Kakintan masak petang semalam untuk makan malam. Ermmm... tak la special sangat cuma masak kicap daging dengan ubi kentang sahaja. Anak anak yang tak suka pedas memang sesuai sangat lah kalau makan daging masak kicap macam ni...
Bahan2nya:-
1/2 kilo daging
3 biji ubi kentang dikupas kulitnya dan dibelah 4
2 biji bawang besar dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
1/2 inci halia
sedikit kulit kayu manis
buah pelaga
bunga lawang
jintan manis/jintan putih/ketumbar diblender halus
sedikit kicap pekat
sedikit cili sos
sedikit daun kari
sedikit minyak untuk menumis.

Caranya:-
Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih , bunga lawang, buah pelaga, kemudian masukkan bahan bahan yang telah dimayang tadi sehingga garing dan naik baunya, masukkan daun kari ,bila semuanya sudah garing masukkan daging yang dah dipotong kecil2 dan dibersihkan, masukkan bahan2 yg diblender tadi kicap, sedikit cili sos dan juga sedikit air. Tutup periuk lebih kurang 20 minit sehingga daging betul kecut dan berair. Masukkan pula ubi kentang yg telah dibelah 4 tadi masak sehingga daging nya cukup empuk, masukkan sedikit garam dan sedikit gula. Bila dah sebati dan betul2 masak bolih lah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi panas...
Ok ...selamat memasak salam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...