Salam dan bersua lagi. Pada 1hb Oktober yang lepas juga Kakintan dan Hubby meraikan majlis pernikahan salah seorang sepupu Kakintan di Bandar Tun Razak, Cheras Kuala Lumpur. Majlis berlangsung diMasjid Saidina Osman bin Affan, tak jauh dari rumah pengantin perempuan. Ianya dilangsungkan sebelah petang setelah selesai acara solat Jumaat hari itu.
Alhamdulillah majlis berlangsung dengan sempurna dan berjalan lancar, walau pun pada sebelah tengah hari tu hujan turun bukan main lebat lagi. Seperkara lagi, alhamdulillah masa pergi kemajlis tersebut jalan raya tak lah sesak sangat, mungkin ianya dilaksanakan semasa hari orang lain bekerja.
Masa ni Umi Erdena , Kakintan tengok agak gugup sekali. Mana tak nya dah nak bertukar status kannnnn, dari anak dara mendapat title surirumah dan juga isteri orang. Ianya dinikahkan sendiri olih bapanya yang Kakintan panggil Pak Ngah Tahir.
Dalam gambar diatas ni ialah hantaran dari pihak lelaki (suami)- Mohd Faza..ermmm... cantek cantek hantaran ni dihias...minat sungguh Kakintan tengok cara ianya dihias.
Yang ini pula dari pihak Umi Erneda, pun sama juga deco nya menarik perhatian Kakintan, kalau tak silap hantaran nya 7 berbalas 9 dari pihak perempuan.
Kepada pasangan pengantin baru Umi Erdena dan Mohd Faza, SELAMAT PENGANTIN BARU, semoga kekal bahagia hingga akhir hayat. Ingat apa yang Tok Kadi sampaikan dalam khutbah nikah nya itu. Mana yang baik jadikan tauladan dan mana yang buruk jadikan sempadan. Bukan senang nak mengharungi perjalanan hidup berumah tangga, banyak onak dan duri nya. dan semoga anda berdua sama sama dapat bertolak ansur dalam apa juga badai yang melanda, kami hanya mendoakan yang baik baik sahaja untuk rumah tangga yang anda berdua bina.
Setelah selesai Umi dan Faza bernikah sempat juga posing kat masjid tu...he..he...bukan main berseri pengantin baru ni....Ok lah sampai disini dulu kisah majlis perhikahan Umi dan Faza...salammmm semoga kalian berdua bahagia selamanya...aminnnnnnnnn
Tiada ulasan:
Catat Ulasan