Salam .... pepagi tadi terasa nak makan ubi kayu rebus dicicah dengan sambal tumis ikan bilis, dah lama tak makan sarapan pagi macam masa kat kampong dulu - dulu. Rasa rindu dengan menu menu kampong ni. Lepas je siap masak sambal tumis ikan bilis, Kakintan pun teus je turun kePasar yang paling dekat kat belakang rumah... alahai melepas nampak nya usahkan ubi kayu, gerai yang selalu menjual ubi kayu pun tak buka hari ni. Macam mana ekkkk?...kena tunggu petang nanti la nampaknya, sebab setiap hari Isnin dekat dengan rumah Kakintan ni ada pasar malam, harap harap ada la ubi kayu yang dicari tu nanti.
Dah ubi kayu tak ada nak direbus, Kakintan pun selongkar la peti ais dapat la 2 bungkus nasi himpit yang Kakintan masak/rebus semalam, apa lagi potong potong makan je la nasi himpit tu dengan sambal tumis ikan bilis, minum kan pulak dengan kopi panas.... wallllaaaa memang the BEST la....he..he.... ok salammmm ..... jumpa lagi dilain entry....
walla! sedap benar ni kak...serasa nak jamah through the screen ni...yummy...
BalasPadam