11 Oktober 2010

MOOD DATANG SELEPAS RAYA....

Salam dan selamat pagi dihari Selasa ini, sudah ke bersarapan? Sambil sambil bersarapan jum tengok apa aktiviti Kakintan dah dekat nak habis habis musim raya ni...he..he... nak buat sebelum raya sibuk yang entah apa apa, jadi teruskan sahaja niat nak menukar curtain baru dipenghujung hari raya. Pada Kakintan tak kisah sangat bila bila pun bolih, sebelum raya, selepas raya sama sahaja tiada beza nya.
Sebenarnya kain tu dah lama Kakintan beli, bila jalan jalan diNAGOYA TEXTILE memang terus jatuh hati sebaik je ternampak kain bercorak bunga ros ini. Apa lagi cepat cepat sambar 20 meter, mulanya plan nak buat sebelum raya tapi banyak sangat kerja2 sambilan semasa bulan puasa tempoh hari jadi Kakintan tundakan sahaja hajat Kakintan ni sehingga lah penghujung raya baru lah hasrat hati ni tertunai.
Patern yang dibuat lebih kurang sama sahaja tapi Kakintan tambah dengan juntaian manik manik ini disepanjang curtain tersebut. Lagi pun kalau letak juraian manik manik ni nampaklah berat sikit. Oklah ...layan dulu gambar curtain terkini dirumah Kakintan ni...salam dan jumpa lagi dilain waktu...

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...