10 Oktober 2010

HOBBY BARU PUN BERMULA......

Salam... entry kali ini nak berkongsi kongs hobby Kakintan yang baru sahaja bermula. Hobby mengumpulkan barang barang yang diperbuat daripada tin/enamel. He...he...dulu dulu Kakintan ni pantang nampak tin, cepat je tangan ni nak membuangnya.... tapi bila masuk keblog kawan kawan yang lain tengok tin tin ni nampak cantek pula bila dah tersusun kemas. Sayang lah pula nak membuang nya kannnn.....
Antara koleksi terkini yang Kakintan dapat dari salah seorang rakan FB. Dah ada jangan simpan je buat pameran.... tapi sekali gus kena juga gunakan....itu prinsip Kakintan setiap barang barang yang ada ni Kakintan isi dengan bahan bahan yang sesuai.
Yang tinggi ni Kakintan isi kopi yang siap dipaket2 (sachet)...dan yang gambar kartun2 tu Kakintan buat tabung untuk syiling.
Bekas bulat leper ni sesuai kalau nak simpan biskut biskut atau gula gula ke...tak pun untuk bahan bahan kering yang tak kan menimbulkan karat.
Yang ini memang Kakintan simpan teh didalam nya....dah memang asalnya nya dari tin Teh Lipton.....letak je la paket2 teh kat dalam tuhhh....

Periuk enamel yang comel ni Kakintan order dari MrsNor, memang nampak comel pun ...anak anak bujang Kakintan yang selalu gunakan kalau diorang ni masak maggi mee. Muat pun untuk sepeket mee sahaja untuk satu2 bekas tu...lepas ni entah apa lagi yang akan Kakintan rembat untuk menambahkan lagi koleksi tin/enamel ini. Sekali kalau dah terjerat memang susah nak tingalkan. Ok..layan dulu koleksi2 terkini Kakintan ni. Kalau ada lagi penambahan barang tin / enamel ni akan Kakintan letak dalam entry terkini nanti. Insyaallah...salam dan jumpa lagi...

3 ulasan:

  1. salam.. saya mintak izin nak link kan blog kak intan kat blog saya yer...

    BalasPadam
  2. w/salam Yasmin...silakan no problem. terima kasih singgah keblog Kakintan.

    BalasPadam
  3. salam ziarah...wah cantiknya tin-tin tu... saya paling suka teh lipton tu.. lipton kena bagi akak royalti ni...hihihihi

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...