10 November 2010

TAK SABAR DAH NI......

Salam semua ...jumpa lagi kita disini, tapi hari ni entry Kak Intan lain dari yang lain. He...he...selalu nya cerita pasal memasak, hobby, deco rumah ala2 English, kali ni tentang persiapan untuk bertemu bekas bekas pelajar semasa Kak Intan bersekolah dulu. Memang teruja betul bila nak bertemu dengan kawan kawan lama ni rasanya. Dup dap dup dap jantung dibuat nya. Maklumlah memang dah lama tak jumpa kawan awan yang sebaya dan juga yang senior. Dah 33 tahun meninggalkan bangku sekolah bayang kan lah.... macam mana lah gaknya bila bertemu nanti? Salah satu darinya mesti lah ayat yang akan keluar"masih ingat lagi tak?" atau pun "masih kenal tak?", semuanya dah mula terbayang diruang mata. Nak menunggukan tarikh keramat pada 25hb Disember rasa macam terlalu lama sangat.
Insyaallah, sekiranya majlis berjalan lancar kami semua akan bertemu diHotel Grand Season, Jalan Pahang , Kuala Lumpur pada jam 8 malam. Pada sesiapa yang singgah keblog Kak Intan ini sekiranya anda salah seorang dari bekas pelajar SMSA, dan ingin sama turut serta pada malam tu bolih la menghubungi Puan Azmiatul Khairiah Mohd Yusof di 0129870391 dan juga En Abdul Rahim bin Haji Hashim -0193750340, penyertaan anda sangat lah dialu alukan. Sedikit bayaran juga akan dikenakan untuk penyertaan ini.
Dalam gambar ini adalah pertemuan pertama dengan senior senior lama semasa mesyuarat diadakan dioffice En Rahim diWangsa Maju. Ishhhh....rasa segan pun ada sebab masing masing dah punya keluarga, ada juga yang dah berpencen, punya kedudukkan masing masing, dan ada juga yang dah punya cucu. Paling tak diduga kawan kawan jiran sekampong Kak Intan dapat bertemu semula disini. Semuanya dari khidmat FACEBOOK. Alhamdulillah banyak juga manafaat yang baik2 kalau kita gunakan dengan baik dari Facebook tersebut, bukan setakat kawan2 sekolah, jiran jiran sekampong, guru guru yang mengajar kami dahulu juga dapat dihubungi semula...
Ini lah antara otai otai lama yang mula menubuhkan Persatuan Bekas Pelajar SMSA. Tahniah buat mereka kerana dapat menemukan kami semula. Harapan semoga Majlis Perhimpunan itu nanti akan berjalan dengan lancar. Harap harap ada lagi kawan kawan lain yang akan turut serta dimalam itu nanti ya.Ok sekian dulu catatan Kak Intan pagi ni .... salam dan jumpa lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...