Salam dan selamat bertemu kembali dipagi Selasa yang cerah ini. Alhamdulillah hari ni Kak Intan rasa agak sihat dari semalam, sebab semalam badan rasa kurang selesa mungkin penat dan juga berhujan dihari sebelum nya semasa Kak Intan dan jiran mengunjungi MAHA di UPM Serdang Sabtu lepas. Sambil sambil menunggu mesin basuh Kak Intan menjalankan tugas Kak Intan lepak kejap depan PC ni share apa yang Kak Intan dapat semalam melalui email seorang kawan.Jum ...tengok apa yang dihantarkan nya.... ini lah dia gambar gambar tin tin yang kini hangat dipasaran. Bagi yang meminati English Country dalam menghias dapor mereka pasti barang barang macam ni akan menjadi idaman, terutama nya surirumah macam Kak Intan ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan