Salam dan selamat pagi. Dah bersarapan ke pagi ni? Jum join Kak Intan bersarapan. Tapi ini bukan sarapan pagi ni, sarapan pagi semalam punya tau. Kak Intan goreng karipap pusing yang dibeli diMAHA 2010 hari Sabtu tu. Masa melawat beberapa gerai yang menjual makanan sejuk/beku Kak Intan pun beli lah karipap ni. Senang kan sekarang ni, tak payah nak fikir fikir nak keluar tenaga nak buat itu nak buat ini semuanya dah tersedia, cuma perlukan wang sahaja membelinya, balik rumah bila tiba masa nak makan cuma goreng kan sahaja.
Dari apa yang Kak Intan rasa karipap ni memang sedap, rapuh je bila dimakan Isinya diperbuat dari daging dan kentang. Rasanya memang berbaloi bila membelinya walau pun agak mahal sikit kan. Apa pun yang penting rasanya sedap. Ok ya..Kak Intan mengundurkan diri dulu... salammm....
sarapan pagi memang enak bersama karipap..kalu liz suka karipap daging dan kentang yang pedas-pedas...emm sedap
BalasPadamSalam Ziarah....
BalasPadamKak Intan....karipap pusing tu ada tinggalkan utk Lin tak? hehehehe