30 November 2010

MUSIM HUJAN MEMANG MENYERONOKKAN KAK INTAN & HUBBY...

Salam dan selamat pagi semua. Apa khabar pagi nih? Dah breakfast ke? Sejuk sejuk macam ni perut biasanya cepat je lapar kan. Kak Intan selalu bayangkan masa kat kampong dizaman kanak kanak dulu, bila musim hujan je arwah mak & ayah rajin betul kebatas menyangkul menanam pokok pokok macam ubi kayu ke, keladi ke atau apa saje yang sesuai ditanam dibatas batas sawah padi. Maklumlah kampong Kak Intan dikelilingi sawah padi iaitu kawasan sawah padi kedua terbesar diMalaysia iaitu Sg Manik. Eh...ehhh jangan salah anggap tau dengan tajok yang kat atas tu acah je tuuu, Nak tau apa dia jum tengok gambar gambar yang kat bawah ni apa yang seronok nya bila hujan tiba....
Time ni lah Hubby Kak Intan rajin berkebun kat depan rumah merpati kami ni...dia ni rajin menanam pokok pokok bunga. Masa lapang dia banyak dihabiskan kat situ, mana mana pokok yang dah agak tua tu dibuat nya tanaman semula. Maklumlah kan masa ni cuaca negera kita agak sejuk dan lembap sikit dan memang sesuai sangat kalau nak bercucuk tanam pokok2 bunga ni.
Banyak betul daun dari bunga nya pokok ni agaknya Hubby terlebih buboh baja daun agak nya.
Menjaga pokok2 bunga yang jenis ni kena banyak siramkan air kalau tidak dia akan cepat terkulai layu, apa pun pokok pokok ni Kak Intan memang minat sebab warna nya terang terang dan bermacam macam warna ada.
Paling suka warna light purple ni...
Yang ni pun sama...bukan main lebat lagi bunga nya sekarang ni
Yang putih ni bunga nya agak dah berkurangan...cantek memang cantek..tapi nampak garanya kena cantas sikit nak bagi dia tambah merimbun dan juga berbunga lebih banyak. Lepas ni Kak Intan dan hubby bercadang nak tanam pokok paku pakis pula. Paku pakis pun senang juga nak dijaga cuma ianya tak tahan dengan cuaca yang terlampau panas. Cepat je daun nya kuning dan mati. Ok lah layan la dulu ya gambar2 pokok bunga Kak Intan ni. Salam dan jumpa lagi lain entry.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...