13 Disember 2010

DAH SIAP DAH.....

Salam,
Kali ni entry tentang kerja kerja yang dah selesai Kak Intan buat ... lega rasa nya nya bila bekas bekas barang hantaran ni dapat Kak Intan siapkan dalam masa yang agak singkat. Bekas hantaran ni Kak Intan buat untuk adik Nazatul Naquiah yang akan bertunang pada tahun baru nanti 01.o1.2011. Ermmm... harap harap Nikky berpuasa hati dengan hasil kerja tangan Kak Intan kali ini ya.
Sebagaimana permintaan ibu kepada Nikky, beliau mahukan bekas hantaran ini dibuat bertemakan warna merah jambu/silver. Jadi ini lah dia nya yang dapat Kak Intan hasilkan untuknya.
Sebenar nya tempahan yang Kak Intan terima ini tanpa diduga, sebab masa Kak Intan sedang mencari barang untuk dijadikan door gift dimajlis perjumpaan (1st gathering ESDG) English Style Decoration Group 5.12.2010 yang lepas Kak Intan bertemu dengan Kak Fatimah, ibu Nikky yg juga mencari barang barang untuk dibuat hantaran. Beliau kebetulan tengah tercari2 tema yang sesuai untuk dijadikan bekas bekas tersebut, jadi Kak Intan pun tolong lah dia sama memilih mana mana yang perlu. Entah apa agak nya yang Kak Fatimah fikirkan, dia terus je serahkan segala tugas2 menyiapkan bekas hantaran tersebut pada Kak Intan. Kebetulan Kak Intan pun tak lah sibuk sangat waktu tu jadi Kak Intan pun bersetuju je untuk menerima tempahan nya ini. Lagi pun Kak Intan juga berminat sangat dengan kerja kerja ni.
Ok lah...sampai disini dulu yang dapat Kak Intan ceritakan..bersambung lagi dientry yang akan datang. Salam.

5 ulasan:

  1. rasa lembut je hati tengok gubahan ni :)

    BalasPadam
  2. Salam Kak intan...memang menarik dan kreatif...dulu saya minat juga buat-buat gubahan ni..tapi sekadar utk diri sendiri dan family jer kak.

    BalasPadam
  3. Salam, lama tak singgah sini. Sweetnya..kreatif sungguh kak Intan nie..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...