11 Januari 2011

AYAM MASAK KICAP..

Salam.
Selamat pagi , alhamdulillah cuaca pagi ni bukan main cantek cerah dan bersinar je nampak nya .Harap harap ianya sampai kepetang hari nanti. Almaklumlah kain yang didobi pun bolih tahan banyaknya semenjak musim hujan datang dan pergi setiap hari ni.Ok berbalik pada tajuk entry diatas, ni ada lah menu Kak Intan tengahari semalam.
Dah tak tau apa nak masak jadi Kak Intan pun masak je lah ayam ni dengan masak kicap.Lagi pun anak anak semua nya suka jadi sekali masak sekali makan je dah habis...Nak kasi anak anak ni suka makan lagi Kak Intan tambah sedikit ubi kentang kedalam nya. Kadang kadang anak anak yang Kak Intan asuh ni tak suka makan ayam jadi diorang pilih ubi kentang dengan kuah nya sahaja untuk dibuat lawan dengan nasi putih. Ok sampai disini dulu ya. Salam dan jumpa lagi dilain entry.

1 ulasan:

  1. Salam Kak Intan....Menu Makan Tghari Ke? Sedapnya..Lin Pun Dah Lama Tak Masak Ayam Masak Kicap...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...